“Inktober, it got them out of the slump, back into drawing, and more importantly, back to being creative and inspired again.”

Tahun ini merupakan ulangtahun ke-10 cabaran Inktober ini. Inktober adalah salah satu inisiatif untuk mengambil semangat mempromosikan perkembangan kreatif, menambah baik skil dan berkongsi kemahiran artis di seluruh dunia.

Oleh itu, IMANInktober ini diharap dapat memberi inspirasi kepada semua yang menyertainya terus terinspirasi dan ‘Be creative’ dalam berkarya walau dalam melakukan sekecil-kecil perkara.

Apa itu Inktober?

Untuk pengetahuan kalian, inktober ini telah dimulakan oleh Jake Parker untuk menggalakkan pengkarya melakar lukisan mereka secara atas talian (online). Niat awalnya adalah untuk merancakkan ‘challenge’ untuk pengkarya-pengkarya ini memantapkan kemahiran mereka, mencabar potensi untuk keluar dari comfort zones dan yang paling penting, meraikan bulan ini dengan gembira!

Kongsikan karya anda sepanjang bulan ini melalui sosial media anda dan tag #imaninktober dan #inktober. Dengan cara ini, anda boleh melihat hasil karya mereka yang turut menyertai inktober ini di seluruh dunia. Tiada sosial media? Tiada masalah. Anda masih boleh meraikannya secara sukarela dengan berkongsi bersama keluarga dan rakan di sebelah anda.

Hanya dakwat (ink) sahaja?

Apa-apa bentuk seni dan kreatif diterima; sama ada anda menggunakan medium dakwat, seni digital, cat air (watercolour) atau kaligrafi.

Beberapa contoh diberikan seperti ini.

Di mana perlu bermula?

Mari kita mulakan dengan senarai perkataan dari IMANInktober ini. Senarai ini akan membantu anda untuk mendapat inspirasi dan rujukan selain menggunakan buku-buku yang ada atau dibeli di kedai IMAN. Tapi jangan lupa untuk menikmati dan ‘Be creative’ dengan cara anda! 😉

Syarat Pertandingan:

1. Anda perlu ‘follow’ kedua-dua media sosial IMAN
Instagram @imanshoppe_official dan
Twitter @imanshoppe


2. Lukis, lakar atau tulis berdasarkan perkataan yang diberi setiap hari bermula 5 Oktober berdasarkan poster IMANInktober. Anda boleh melukis apa sahaja selagi tidak menyentuh sensitiviti.

3. Kongsikan lukisan/karikatur/seni/kaligrafi* anda bersama dengan buku-buku di Iman Shoppe di media sosial anda. Pemenang dikira berdasarkan konsistensi penyertaan (minimum 2 kali seminggu)

4. Tag imanshoppe_official & imanpublication serta 3 orang rakan anda pada setiap hari Ahad. 1 perkataan hanya untuk satu posting sahaja. (Instagram atau Twitter).

5. Akaun anda perlu ‘public’.

6. Selamat berinspirasi

Pemenang akan dipilih berdasarkan:

1. Konsistensi penghantaran (minimum 2 kali seminggu).

2. Diadili oleh Tim Kreatif IMAN untuk lukisan/karikatur/seni yang paling menarik.

3. Pemenang akan diumumkan pada minggu pertama bulan November 2020.

  • Baucar IMAN berjumlah RM70 + sesuatu Istimewa daripada penulis* + alat tulis
  • Baucar IMAN berjumlah RM50 + sesuatu istimewa daripada penulis* + alat tulis
  • Baucar IMAN berjumlah RM30 + sesuatu istimewa daripada penulis* + alat tulis

Selamat Berinspirasi.
#imaninktober