3 products
Hanya Senyummu Yang Terlihat by Ajeerah Azali, Faiz Qayyuum, Farah Adibah, Siraj Aziz (AS-IS)
"Hanya senyummu yang terlihat. Dimana kau sembunyikan tangismu? "
Kembara empat anak muda membawa misi kemanusiaan.
Aku Ajeerah, dan aku seorang introvert.
Aku Faiz, dan aku bermula di Chow Kit.
Aku Siraj, dan aku berlari untuk Kemboja.
Aku Farah, dan aku seorang doktor.
Keempat-empat mereka keluar dari zon selesa mereka, mencabar diri menyertai misi kemanusiaan dan melalui pengalaman itu, mereka menemui sesuatu yang berharga dalam hidup mereka, sesuatu yang telah memberi pengajaran besar buat mereka.
Empat anak muda, empat negara, satu misi yang sama; kemanusiaan. Melalui misi itu, mereka bukan saja berjaya mengukir senyuman pada wajah mereka yang dibantu, tetapi juga berjumpa dengan diri mereka sendiri.
Dapatkan versi ebook di Google Play & e-Sentral.
This is a defect product. The conditions are:
But worry not, it is perfectly readable. This book gets 20% discount.
Da'i Disruptor by Muharikah (AS-IS)
Penulis: Muharikah
Pages: 243 m/s
“Jika anti merasakan bahawa tarbiah yang sekarang sepatutnya seperti dulu, anti silap. Anti akan rasa tertekan. Tapi jika anti melihat bahawa tarbiah itu harus evolve, seiring dengan kehidupan anti, anti akan rasa tarbiah itu lebih bermakna.”
“Usrah itu pada perasaan. Bukan sekadar pada content.”
Mutiara kata-kata murabbi kami menjirus deras pagi itu. Setiap butiran katanya ternyata berbekas. Kami benar-benar mendapat rejuvenasi semangat dakwah di pagi hari hujung minggu itu. Rata-rata yang hadir sudah berbelas dan puluhan tahun berada di jalan dakwah dan membawa usrah. Ternyata, menghidupkan dan memaknai usrah memerlukan usaha yang berterusan.
Kupasan mengenai usrah dan dakwah, semuanya terhimpun dalam buku terbaru keluaran Iman Publication, Dai Disruptor. Ditulis oleh Muharikah atau nama sebenar beliau Dr Nur Aisyah Zainordin, seorang Pakar Perubatan Dalaman dan juga JK Belia IKRAM Wangsa Maju.
Dapatkan versi ebook di Google Play & e-Sentral.
This is a defect product. The conditions are:
But worry not, it is perfectly readable. This book gets 20% discount.