7 products
7 products



































7 products
Denyut Nadi Dakwah by Dr. Majdi Al-Hilali
Buku Denyut Nadi Dakwah merupakan versi terjemahan buku Rakaiz Dakwah. Buku ini menerangkan tentang 9 rukun daripada 10 Rukun Baiah, bermula dari ikhlas, amal, thiqah, taat, ukhuwah, tajarrud, pergorbanan, jihad dan tsabat.
Buku ini ibarat sebuah himpunan khazanah ilmu dan hikmah dalam melahirkan para du'at yang secara serius menginfakkan diri dalam jalan dakwah. Kupasan yang dilakukan berpandukan al-Qur'an dan as-Sunnah kemudian diperkuatkan lagi dengan pengalaman-pengalaman daripada sirah nabi, para sahabat dan angkatan du'at sepanjang zaman, mampu mencetus satu tolakan bagu mengamalkan setiap teori yang telah sedia ada dalam diri para du'at.
Buku ini harus dibaca dan dihadam oleh para du'at kerana di sini terdapat formula-formula bagi melahirkan du'at yang mantap dalam menyebarkan Islam. Semoga buku ini bermanfaat buat para pembaca yang bakal merubah dunia menuju Allah S.W.T.
Sayonara Jahiliah
Judul: Sayonara Jahiliah
Penulis: Muharikah
Buku ini memberi pengetahuan serta pandangan yang meluas tentang jahiliyyah. Pendedahan dari sudut makna jahiliyah, ayat-ayat al Quran serta hadis yang menceritakan tentang jahiliyah, akibat atau kesan jahiliyah, kaedah untuk meninggalkan jahiliyah serta perkongsian menarik dibentangkan disini. Buku ini membantu untuk tidak tertewas dengan jahiliyah.
Penulisan yang mudah difahami serta perkongsian pengalaman individu-individu yang diuji oleh Allah dalam kehidupan mereka turut menjadikan penulisan ini lebih menarik dan mampu meningkatkan "hamasah" atau semangat untuk tidak tertewas dengan jahiliyyah. Selamat membaca dan berjuang agar tidak tertewas.
Sedangkan Kiblat Pun Berubah (AS-IS)
Penulis : Inspector Saahab
ISBN : 978-983-2423-33-1
Halaman : 193
Harga : RM 25.00
Buku ini adalah hasil kompilasi tulisan penulis di laman maya. Sebanyak 30 artikel dimuatkan, semuanya bertemakan tadabbur/penghayatan dalam kehidupan. Tidak kiralah sama ada ia penghayatan terhadap situasi yang berlaku dalam kehidupan penulis, mahupun ayat Quran yang dibaca mahupun hadis yang dikupas serta kisah-kisah Nabi yang diceritakan, semuanya mempunyai nilaian yang tersendiri.
Penulis telah mengupas dari sudut pengalaman penulis sendiri dan mengaitkan setiap pengajaran yang didapati daripada tadabbur itu dengan kehidupan sebagai seorang manusia, dan juga aktivis yang bergiat aktif di medan dakwah dan tarbiah.
Gaya penulisan yang santai serta mudah dibaca menjadikan buku ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Walaupun bukan sebagai buku rujukan ilmiah, tetapi sebagai percikan hidayah serta pengubah paradigma pembaca. Untuk memastikan ia tidak tersasar daripada mesej Islam yang sebenar, buku ini telah pun disemak oleh editor syariah yang bertauliah.
Sedangkan Kiblat Pun Berubah, apatah lagi hati dan hala tuju hidup kita. Mesej penulis jelas, kita semua ini manusia terpilih. Sedar ataupun tidak, itulah hakikatnya. Allah telah memilih kita menjadi Muslim, kerana itu berimanlah dengan sebenarnya dan jalankanlah tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita, iaitu menjadi abid dan khalifah-Nya.
Dapatkan versi ebook di Google Play.
This is a defect product. The conditions are:
But worry not, it is perfectly readable. This book gets 20% discount.
Lagenda Budak Usrah Edisi Kemas Kini (AS-IS)
Penulis : Muharikah
Budak usrah bukanlah orang yang berburuk sangka dan suka judge orang lain.
Budak usrah adalah orang yang akan selalu melihat orang lain penuh optimis dan penuh harapan.
Dia tidak melihat orang lain yang berbeza dan kurang tarbiah sebagai orang yang lebih rendah daripada dirinya.
Dia akan berusaha menarik semua orang di sekelilingnya ke syurga.
Dia tidak mendabik dada, walaupun cara dan tindakannya lebih benar daripada orang lain.
Budak usrah bukanlah juga orang yang bercakap kasar dan melemparkan kata-kata mengguris hati atas nama dakwah.
Budak dakwah tidak takbur dengan kumpulan dan grup usrahnya. Paling penting, tidak memandang rendah pada orang lain
Jika usrah membawa kebahagiaan dan jalan benar bagi hidupmu, kenapa hatimu bersangka buruk pada orang lain.
Dapatkan versi ebook di Google Play & e-Sentral.
This is a defect product. The conditions are:
But worry not, it is perfectly readable. This book gets 20% discount.
Satu Allah Tiga Aqidah
Penulis: Hamdy
Buku Satu Allah Tiga Aqidah ini adalah satu usaha penyusunan semula atau kompilasi rencana-rencana yang ditulis oleh pelbagai pihak semasa menangani isu penggunaan kalimah Allah oleh pihak Kristian pada awal tahun 2008. Buku ini tidak berbentuk komprehensif tetapi beberapa pendapat yang pro ataupun kontra telah dimasukkan.