Zoom the image with mouse

Tafsir Surah Yunus dan Juzuk 11 by HAMKA

PTS Bookcafe
28 In stock
RM25.00
Terms & conditions
customers are viewing this product

Penulis: HAMKA
Penerbit: PTS
Tahun Terbit: 2020
Bahasa: Melayu
Genre: Al-Quran
ISBN: 9789674811075
Ketebalan: 424
Format: Paperback

Tafsir Surah Yunus dan Juzuk 11 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar, la adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi'in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan
sendiri melalui pendekatan meraikan kepebagaian mazhab.


Tafsir Surah Yunus dan Juzuk 11 ini menumpukan kepada perbincangan HAMKA mengenai surah yang terdapat dalam juzuk 11, iaitu Surah At-Taubah dan Yunus. Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan
psikologi.

Customer Reviews

Based on 2 reviews
100%
(2)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
Z
Zara

My 1st collection tafsir surah by buya hamka .. Tq suami sudi belanja . Semoga peroleh pahala selama mana saya guna ❤️

t
thegerobook

Tafsir Al-Azhar ini merupakan hasil karya Hamka. Tafsir ini dipecahkan kepada beberapa juzuk dan surah bagi memberi lebih pemahaman dan mudah dibawa ke mana - mana 😊😊
.
Yang menariknya, Tafsir Al Azhar ini disiap kan ketika HAMKA di dalam penjara selepas dipenjarakan oleh Soekarno. Kelebihan Tafsir Al Azhar ini adalah pendekatan yang digunakan oleh Hamka lebih bersifat ke arah sosioebudaya masyarakat nusantara seperti kita.

Tafsir Surah Yunus dan Juzuk 11 by HAMKA
You have successfully subscribed!
This email has been registered