Zoom the image with mouse

Lembaga Hikmat by HAMKA

PTS Bookcafe
23 In stock
RM10.00
Terms & conditions
customers are viewing this product
Penulis: HAMKA
Penerbit: PTS
Tahun Terbit:
Bahasa: Melayu
Genre: Sejarah
ISBN: 9789674119447
Ketebalan: 88
Format: Paperback

Buku ini mengandungi pelbagai kisah dan pengalaman hidup orang-orang tertentu yang menempuh masalah.Ia sesuai dijadikan perbandingan dan panduan hidup untuk setiap insan, kerana setiap peristiwa itu mencerminkan naik turun kehidupan manusia yang penuh suka duka, tangis dan tawa.

Antara kandungan menarik buku ini adalah:

  • Kehidupan Batin dari Orang Besar
  • Babeek dan Fakir Hindi
  • Korban
  • Anak Gembala yang Malang
  • Imam yang Adil
  • jabatan Prisik Zaman Dahulukala
  • Abu Musum Al-Khurasani
  • Harun Al-Rasyid dengan Fudhail bin Ayyadh
  • Usamah bin Zaid (Jeneral Muda)
  • Rasulullah Sebagai Seorang Diplomat.

Customer Reviews

Based on 5 reviews
100%
(5)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
N
Nish Azman
"Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata."

Inilah motto yang menjadi pegangan dalam karya ini. Jika diamati satu-satu kisah yang diperincikan dalam setiap bab, betul lah apa yang dimaksudkan oleh Hamka. Setiap hari kita akan mendapat perkara yang baru, tanpa kita ketahui. Itulah rencana yang dikarang oleh Tuhan yang Esa kepada setiap hambaNya.

L
Lane

Buku Buya Hamka, walau senipis mana pun, harus dibaca dengan sabar dan teliti. Agar pengajarannya meresap ke dalam urat sendi dan diguna pakai di alam realiti.

N
Nana Wahid
Pembacaan yang ringkas berdasarkan kisah-kisah dan pengalaman hidup orang-orang terdahulu yang sa...

Bagaimana mereka mengatasi masalah yang dihadapi dengan berfikir untuk menyelesaikan masalah bukan dengan melarikan diri dari masalah.

Terdapat beberapa cerita yang disampaikan oleh Buya Hamka, sepertinya setiap manusia itu ada sisinya yang terhebat walau dipandang rendah oleh masyarakat. Kemungkinan besar tajuknya adalah Lembaga Hikmat. Buku yang agak menarik yang mempunyai banyak pesanan-pesanan melalui ceritanya.

Lembaga Hikmat by HAMKA
You have successfully subscribed!
This email has been registered