Zoom the image with mouse

Isra'iliyyat, Hadith Mawdu' & Fitnah Sirah Di Alam Melayu by Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi

PTS Bookcafe
1 In stock
RM25.00
Terms & conditions
customers are viewing this product

Penulis: Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi
Penerbit: PTS
Tahun Terbit: 2019
Bahasa: Melayu
Genre: Sejarah
ISBN: 9789674813536
Ketebalan: 256
Format: Paperback

Ibarat sebatang sungai yang sudah mengalir selama 1400 tahun lebih, bermula dari hulunya yang suci bersih-bebas dari segala kekotoran, tetapi apabila semakin sampai ke hujung muara segala sampah-sarap sepanjang sungai dibawa bersama ke muara yang kini kita sedang berada di sana.

Begitu juga Islam, dari awal zaman terbaik yang terjaga ketulenan dan kesuciannya, namun selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. pencemaran, keracunan dan kerancuan muncul sama ada dari luar atau dalam Islam sendiri menyebabkan pemahaman dan pelaksanaan Islam sama ada dalam urusan ʿaqīdah, ʿibādah dan muʿāmalah semakin jauh dari sifat tulennya yang suci murni.

Naskhah ini menghujahkan - antara punca kerancuan pemikiran beragama orang Islam-Melayu-Nusantara ada pada fakta sejarah awal perkembangan Islam dan tradisi penulisan karya-karya berkaitan Islam di Alam Melayu. Ia bermula daripada metodologi penulisan Sastera Hikayat Berunsur Islam, Sastera Kitab, Sastera Ketatanegaraan dan seumpama dengannya pasca Islam berkembang di Nusantara. Ini adalah kerana penulisan karya-karya tersebut tidak menjadikan disiplin yang sudah digarispandukan oleh para ulama Islam sejurus kewafatan Rasulullah s.a.w. sebagai metodologi penyebaran maklumat berkaitan Islam.

Ringkasnya, proses tersebut tidak melalui kerangka dan disiplin ilmu Riwāyah dan Dirāyah. Ini menyebabkan semenjak Islam menapak di Alam Melayu sehingga saat ini, riwayat Isrā’īliyyāt, Ḥadīth Mawḍūʿ, dan Fitnah Sīrah yang ditularkan buat sekian lama masih subur malah dianggap Ṣaḥīḥ oleh sebahagian besar umat ini!

Customer Reviews

Based on 4 reviews
100%
(4)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
S
Soffi
Recommended

Ringkas dan padar. Definisi Isra'illiyat, Hadith Mawdu' dan Fitnah Sirah sebagai muqaddimah sangat penting yang membuatkan saya tertarik. Penting untuk faham definisi terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam perbahasannya.
Sangat disarankan kepada semua untuk memiliki buku ini untuk menilai situasi yang sedang kita hadapi sekarang ini.

M
MUHAMMAD NABIHAN
Ringkas dan padat

Alhamdulillah selesai membaca karya Ustaz Zahiruddin Zabidi. Ringkas dan padat pada pendapat saya. Saya tertarik seawal bab pertama lagi, yakni muqaddimah dimana Ustaz menerangkan satu per satu apa itu Isra'illiyat, Hadith Mawdu' dan Fitnah Sirah. Ianya membantu masyarakat untuk memafahamkan terlebih dahulu perkara yang ingin dibincangkan, sebelum berganjak kepada perbahasannya.

Tak boleh cerita lebih-lebih sebab buku ini memang patut dimiliki oleh setiap golongan masyarakat bagi memafahami masalah yang sedang kita hadapi. Moga Allah kurniakan pahala berganda untuk para ulama dan asatizah kita yang telah banyak berjasa dalam menyampaikan ilmu kepada kita.

n
niksyafirull

Saya beli buku ni dah lama, cumanya ambil masa lama nak habis baca sebab terlalu ilmiah bagi saya,

tapi buku ni sangat bagus, ia membawa pembaca berfikir dan merenung sejenak adakah amalan dan cara beragama kita selama ini mengikut apa yang dibawa baginda Nabi ﷺ,

ataupun kita hanya mengikut tradisi ilmu yang dibawa oleh nenek moyang kita dahulu secara bulat-bulat tampa ingin tahu adakah amalan itu benar atau selari dengan ajaran baginda nabi ﷺ,

Buku tulisan ustaz Zahiruddin Zabidi ini, benar-benar membawa kita untuk berfikir, ia seolah-olah kita sedang disoal tentang bagaimana datangnya islam ke alam tanah melayu ini khususnya, dan apakah peranan kita yang baru muncul sebagai generasi terkemudian daripada menerima cara beragama yang dibawa oleh tok guru dan ulama’ terdahulu?

Antara punca pencemaran sumber islam di alam melayu adalah:

1.Kita hanya menerima bulat-bulat amalan-amalan yang dinisbahkan kepada agama kita sendiri dan menyangka semua yang ada di dalam kitab muktabar ulama-ulama dahulu sebagai sahih tampa kita sedari riwayat atau kisah-kisah yang dibawa itu mengandungi hadis maudu’, kisah isra’iliyyat dan kisah sirah yang tidak benar dan bahkan ada riwayat yang tidak ada asal, لا أصل له.

2.Orang melayu kita memahami bahawa tidak boleh kita mengkritik apa yang disampaikan oleh guru, kiyai, ustaz, lebai, imam, habib, kerana memandang ia adalah satu kebiadaban meskipun ada ajaran mereka yang jelas bercanggah dengan syariat disebabkan sikap taasub.

Point yang ingin saya sampaikan ialah, bukanlah mengajak kita untuk tidak mengikuti ulama bahkan kita dituntut untuk mengikuti mereka selagi mana apa yang disampaikan oleh mereka selari dengan apa yang disabdakan oleh Allah ﷻ dan Rasulnya ﷺ,

Dan bukanlah juga mengajak untuk membuang hasil kitab-kitab tulisan mereka cuma hanya perlu dikemaskini sumbernya sepertimana sebahagian ulama yang mentahqiq dan mentakhrij semula hadith-hadith karya ulama silam,

ia satu jihad yang sangat besar kerana memurnikan mereka daripada kesilapan nukilan mereka yang sedikit jika nak dibandingkan dengan pengorbanan mereka untuk agama ini sangat besar.

Kata Muhammad bin Sirin:

ان هذا العلم دين فانظر عمن تاخذ دينك

Ilmu ini (hadith) adalah agama, lihatlah dari siapa kamu mengambil agama kamu.

Bila saya renung kembali usaha-usaha ulama hadith khususnya ulama al-Jarh wa al-Ta’dil yang sangat mementingkan sesuatu sumber riwayah yang disandarkan kepada nabi ini kerana semata-mata demi mejaga ketulinan agama ini daripada diseleweng oleh orang yang tidak amanah.

Kata Sufyan al-Thauri:

الملائكة حراس السماء وأهل الحديث حراس الأرض

“Para malaikat adalah penjaga wahyu dilangit manakala ahli hadith adalah penjaga wahyu dibumi!

Sebagai Tambahan:

Saya sewaktu di sekolah menengah dahulu pun begini, saya menyangka semua yang dibawa oleh para ulama dahulu sahih belaka di dalam kitab-kitab mereka.

Bahkan saya kurang gemar kepada ustaz atau mana-mana ulama kontemporari yang mempertikaikan apa yang dibawakan oleh ulama terdahulu atau ulama salaf.

Sehinggakan saya pernah mengatakan

'Takkanlah al- imam syafi'i salah'

Sebagai contoh isu qunut subuh, ada ustaz yang menerangkan bahawa dalil yang digunakan al imam syafi'i itu dhoif,

lalu saya pun menganggap mereka ustaz-ustaz itu memfitnah al imam syafi'i,

Sedangkan perbezaan pandangan dalam kalangan para ulama terdahulu adalah perkara yang biasa bahkan al-imam syafi'i pun ada pandangan gurunya al-imam malik yang beliau tidak bersetuju,

Mereka tidak bergaduh bahkan hanya membentangkan nas dan dalil yang mana lebih rajih (kuat) bagi pandangan mereka setelah dikaji dan disemak dalil-dalilnya dan membandingkan yang mana lebih tepat dengan apa yang disabdakan baginda nabi ﷺ di dalam hadithnya.

Tuntasnya,

Mengkritik bukanlah sesuatu yang menghina bahkan itu lah tradisi ulama hadith untuk menjaga sumber agama ini!

Isra'iliyyat, Hadith Mawdu' & Fitnah Sirah Di Alam Melayu by Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi
You have successfully subscribed!
This email has been registered