Da'i Disruptor - Iman Shoppe Bookstore
RM24.00

RM30.00

Iman Publication

Da'i Disruptor

Penulis: Muharikah

Pages: 243 m/s


“Jika anti merasakan bahawa tarbiah yang sekarang sepatutnya seperti dulu, anti silap. Anti akan rasa tertekan. Tapi jika anti melihat bahawa tarbiah itu harus evolve, seiring dengan kehidupan anti, anti akan rasa tarbiah itu lebih bermakna.”

“Usrah itu pada perasaan. Bukan sekadar pada content.”

Mutiara kata-kata murabbi kami menjirus deras pagi itu. Setiap butiran katanya ternyata berbekas. Kami benar-benar mendapat rejuvenasi semangat dakwah di pagi hari hujung minggu itu. Rata-rata yang hadir sudah berbelas dan puluhan tahun berada di jalan dakwah dan membawa usrah. Ternyata, menghidupkan dan memaknai usrah memerlukan usaha yang berterusan.

Kupasan mengenai usrah dan dakwah, semuanya terhimpun dalam buku terbaru keluaran Iman Publication, Dai Disruptor. Ditulis oleh Muharikah atau nama sebenar beliau Dr Nur Aisyah Zainordin, seorang Pakar Perubatan Dalaman dan juga JK Belia IKRAM Wangsa Maju.

Sale

Unavailable

Sold Out