Zoom the image with mouse

Tafsir Surah Al-Ikhlas by Imam Al-Sa'di; Imam Al-Tabari; & Imam Ibnu Kathir

Karya PiS
36 In stock
RM28.00
customers are viewing this product
Penulis: Imam Al-Sa'di; Imam Al-Tabari; & Imam Ibnu Kathir
Penterjemah: Maktabah Dar Ar-Rakhis Enterprise

Penerbit: Karya PiS
Tahun Terbit: Mei 2019
Bahasa: Melayu & Arab
Genre: Tafsir
ISBN: 9789671707425
Ketebalan: 165 m/s
Format: Soft cover

Ini merupakan kompilasi tafsir oleh tiga ulama mufassir yang mahsyur dan ulung dalam bidangnya, dalam mentafsirkan sebuah surah yang agung dan menjadi teras kepada tauhid, Surah Al-Ikhlas.

Surah yang mengandungi 4 ayat ini menjadi bacaan harian sekumpulan besar masyarakat Muslim di seluruh dunia zaman berzaman.

Selain ianya surah yang ringkas dan mudah dihafal serta dibaca di dalam Solat, para Sahabat Nabi sangat mencintai surah ini sehinggakan ada di antara mereka juga membaca surah Al-Ikhlas dalam setiap solat mereka, dan Nabi doakan orang tersebut dicintai oleh Allah sebagaimana orang tersebut mencintai surah Al-Ikhlas.

Alangkah ruginya bacaan harian ini jika tidak dapat difahami maksudnya dengan baik dan dihadamkan serta dipraktikkan dalam kehidupan.

Yang lebih menarik, buku ini membawakan tafsiran daripada 3 ulama yang berada di 3 zaman berbeza, Tafsir Al-Tabari mewakili mufassir zaman awal Islam, Tafsir Ibn Kathir pula mewakili zaman pertengahan manakala Tafsir As-Sa’di mewakili zaman kontemporari.

Polisi Order:

1. Sebarang order yang berjaya adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan atau ditukar ganti.

2. Selepas selesai proses pembayaran yang lengkap, anda akan menerima email pengesahan daripada IMAN Shoppe Bookstore bersama nombor order (cth: #111***). No order ini penting untuk semakan keseluruhan butiran pembelian.

3. Untuk membuat semakan order yang telah dibuat, anda perlu sign in account untuk melihat history pembelian yang telah anda lakukan di www.imanshoppe.com.

4. Anda tidak dibenarkan menukar atau menambah order selepas pembelian berjaya di website. Untuk menambah pembelian buku, anda boleh membuat tempahan buku yang baru di website dan kami akan pos buku tersebut secara berasingan.

Polisi Penghantaran:

1. Penghantaran buku akan dilakukan dalam masa 2-3 hari, luar negara akan mengambil masa dalam 2-3 minggu tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad mengikut nombor order (cth: #111***).

2. Semua parcel akan diposkan melalui sistem kurier yang telah ditetapkan oleh pihak IMAN kecuali Sabah Sarawak dan Luar Negara.

3. Tracking nombor akan diberikan melalui SMS dan email dari Easyparcel setelah parcel mula diproses oleh pihak IMAN.

4. Untuk servis self pickup dan pembelian secara walk in juga akan bermula pada 26 Januari 2024.

Polisi Kerosakan/Kehilangan Parcel

1. Sebarang aduan seperti berikut:

i. Kerosakan item
ii. Menerima order yang salah
iii. Kelewatan atau kehilangan parce

Anda boleh membuat laporan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN di sini. Pihak IMAN akan segera hubungi anda melalui email dalam tempoh 24 jam semasa waktu bekerja untuk penghantaran item yang baru.

Perhatian: Untuk buku rosak atau salah item, anda tidak perlu pulangkan kepada pihak IMAN.

2. Jika parcel mengalami kerosakan fizikal, anda perlu membuat laporan kepada pihak Easyparcel melalui email, support@easyparcel.my dan pihak IMAN dalam masa 24 jam. Kami tidak akan menghantar parcel yang baru sekiranya anda tidak membuat laporan kepada pihak kurier.

3. Untuk kes pemulangan parcel yang tak dituntut, anda haruslah membayar kos penghantaran yang baru kepada pihak IMAN dalam tempoh sebulan.

PERHATIAN: Sebarang persoalan dan cadangan, boleh diajukan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN melalui email sales@imanshoppe.com atau hubungi talian 013-2875747.
Tafsir Surah Al-Ikhlas by Imam Al-Sa'di; Imam Al-Tabari; & Imam Ibnu Kathir
You have successfully subscribed!
This email has been registered