Politik Rahmah: Asas-Asas Politik Islam Kontemporari - Iman Shoppe Bookstore
RM31.50

RM35.00

Ilham Books

Politik Rahmah: Asas-Asas Politik Islam Kontemporari

Author: Panel Penyelidik Siasah Rahmah

Perbahasan berkenaan dengan politik adalah perbincangan yang tidak ada jemu dan kesudahannya. Ini kerana politik sentiasa berubah pendekatannya yang menuntut perubahan dan ijtihad yang baru untuk menghadapi cabaran-cabaran politik yang baru dan mencabar.

Ijtihad yang baru sangat diperlukan di dalam pembentukan politik Islam di alaf baru ini tanpa menafikan ijtihad-ijtihad yang lama yang sesuai dan mempunyai persamaan illah (sebab) dan konsepnya. Politik Islam yang dinginkan pada zaman ini perlu berdiri di atas rahmah, keadilan, syura, kerjasama, menjaga hak semua pihak, menjaga keutuhan agama Islam tanpa menzalimi agama dan bangsa yang lain.

Kebenaran ayat “Tidaklah Kami utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk memberi rahmah kepada sekalian alam” akan tercapai apabila suasana negara ini berjalan di atas dasar kasih saying, keadilan dan hormat-menghormati di antara satu sama lain.

Kepincangan suasana politik berlaku apabila pemimpin menjadi rakus dan rakyat menjadi pasif. Tidak wujud kerjasama dan interaksi di antara pemimpin dan rakyat untuk mengimarahkan bumi Allah Taala ini. Fikrah al-istikhlaf (wakil Allah atas muka bumi) perlu ditanam kepada semua peringkat sehingga wujudnya pembangunan dan kemajuan yang berteraskan iman dan keamanan.

Munculnya buku ini mampu untuk mengisi ruang kosong dalam kalangan pembaca di Malaysia Muslim baik Non-Muslim untuk melihat dengan pandangan yang baru terhadap Malaysia baru yang sudah berubah kepimpinan. Siasah Islam yang baru perlu diperkenalkan kepada semua agar semua peringkat dapat merasai nikmat keadilan dan kasih sayang di atas muka bumi ini.

Fauwaz Fadzil Noor

Sale

Unavailable

Sold Out