40 products
40 products


































































40 products
Bestnya Doa! by Orhan Mehmet
Komik Gaza Mini #6: Lahirnya Harapan Buat Palestin by IF Moses
Dapatkan versi ebook di Google Play.
Komik M HERO #2 Jiwa Besar (Edisi Kemas Kini)
Penulis: Artis-Artis Komik-M
Penerbit: PTS
Tahun Terbit: 2019
Bahasa: Melayu
Genre: Komik, Umum
ISBN: 9789674813703
Ketebalan: 128
Format: Paperback
Antologi Komik-M yang menampilkan karya-karya pilihan juri dan pilihan editor daripada peraduan Cabaran Komik Online Malaysia 2016 (CKOM2016) yang dianjurkan oleh portal komik Malaysia, MatKomik.com dengan kerjasama Komik-M.
Atas permintaan ramai, diterbitkan semula dalam edisi kemas kini dengan tambahan teks serta dialog pada komik.
Komik M HERO #1 Sudah Mati? (Edisi Kemas Kini) by Artis-Artis Komik-M
Penulis: Artis-Artis Komik-M
Penerbit: PTS
Tahun Terbit: 2019
Bahasa: Melayu
Genre: Komik, Umum
ISBN: 9789674813697
Ketebalan: 128
Format: Paperback
Antologi Komik-M yang menampilkan karya-karya pilihan juri dan pilihan editor daripada peraduan Cabaran Komik Online Malaysia 2016 (CKOM2016) yang dianjurkan oleh portal komik Malaysia, MatKomik.com dengan kerjasama Komik-M.
Atas permintaan ramai, diterbitkan semula dalam edisi kemas kini dengan tambahan teks serta dialog pada komik.
Komik M Mission 5 Daily Solat Imran's Solat Diary by Nazry Salam
Author: Nazry Salam
Publisher: PTS
Year Published: 2019
Language: English
Genre: Ibadah, Comic
ISBN: 9789674813291
Pages: 128
Format: Paperback
In all my life, I’ve only prayed three times. The first time, during Eid al Fitri. The second, during Eid al Adha. And the third, during my grandmother’s janazah prayer a few months ago.
Mom and dad didn’t pray that I don’t pray. My previous ustazs and ustazahs didn’t too. Same as my brother and sister because they didn’t perform prayer too. But, suddenly this ustaz Azhar cares.
That’s why I started this book of doodles. I need to learn how to perform a prayer and all the things about solat, I’m going to put it here. I have one week until the test.
I HAVE to know how to perform a prayer before that time comes. I am going to do all it takes as long as I’m not placed in detention by Ustaz Azhar.
Seriously!!!
Komik M Ultra Qalif Bumper Misteri Kuara by Bophairy
Penulis: Bophairy
Penerbit: PTS
Tahun Terbit: 2019
Bahasa: Melayu
Genre: Komik, Umum
ISBN: 9789674813635
Ketebalan: 336
Format: Paperback
Menarik dalam ULTRA QALIF: BUMPER (MISTERI KUASA) :
- Menghimpunkan komik Ultra Qalif #1, #2, dan #3 dalam satu buku!
- 100% berwarna
- Komik eksklusif Bophairy, KELAHIRAN ULTRA QALIF
- BONUS: Komik eksklusif Ben Wong, ULTRA QALIF EX
Komik M Ultra Qalif x Babap Boi #1 Dendam Terpendam by Froggypapa
Penulis: Froggypapa
Penerbit: PTS
Tahun Terbit: 2020
Bahasa: Melayu
Genre: Komik, Umum
ISBN: 9789674813673
Ketebalan:108
Format: Paperback
Kemunculan Babap Boi selaku adiwira muda yang menumpaskan pelbagai kes jenayah menimbulkan rasa tidak senang bagi segelintir pihak. Identitinya yang dirahsiakan turut menjadi persoalan ramai, termasuklah Ultra Qalif! Namun, apakah dendam Ultra Qalif terhadap Babap Boi sehingga mereka berdua ‘bercakaran’ sesama sendiri?
Komik M Misi Reunion
Penulis: Tim MISI
Penerbit: PTS
Tahun Terbit: 2020
Bahasa: Melayu
Genre: Komik, Umum
ISBN: 9789674813628
Ketebalan: 112
Format: Paperback
Kerana rindukan kawan-kawan yang sudah membawa haluan masing-masing, Zahid merancang program reunion di sebuah pulau.
Rencana perjumpaan semula yang sepatutnya menyeronokkan bertukar menjadi ngeri apabila tiba-tiba mereka diserang oleh… zombie?
Komik M Aku, Kau & Badminton by Artis-Artis Komik-M
Penulis: Artis-Artis Komik-M
Penerbit: PTS
Tahun Terbit: 2018
Bahasa: Melayu
Genre: Komik, Umum
ISBN: 9789674119270
Ketebalan: 112
Format: Paperback
Menampilkan komik-komik berkaitan sukan badminton daripada artis-artis Komik-M seperti:
SS10: Tangkis Ego oleh Ben Wong
Juara Tangkis oleh Froggypapa
Pendek oleh Alhafiz
Teori Badminton oleh Abu Huzaifah
Gelanggang Robowaja oleh Ardone
Kebangkitan China oleh Azhar Abdullah
Mahaguru Badminton oleh Bophairy
Hero Badminton oleh Jon Suraya
Bestnya Solat! by Orhan Mehmet
Siapa yang ada anak kecil berumur 6-10 tahun?
Haa.. Umur ni Rasulullah s.a.w. kata sudah jadi kewajipan untuk anak-anak kita untuk belajar solat.
Sebab apabila umurnya sudah matang esok, sudah jadi berdosa kalau mereka tak laksanakan rukun Islam kedua ni tau.
Antara kelebihan buku ini:
1. Penuh warna dan infografik
2. Diceritakan dalam bentuk komik yang comel
3. Ketelitian pada konten, teks arab, aturan, ilustrasi dan semakan
Komik Gaza MINI #4: Strategi Licik British Merampas Palestin
"Aku hanya mahukan sebuah negara rasmi untuk bangsa aku - Yahudi, dan negara itu ialah Palestin."
Semenjek Sultan Abdul Hamid II digulingkan, tanah Palestin telah hilang pelindungnya. Pihak British mula memainkan strategi licik bagi memenangi perang dunia pertama ketika itu - dengan menjanijikan tanah Palestin sebagai ganjaran.
Apa yang lebih mengejutkan adalah, bukan sahaja Zionis yang mahu tanah Palestin, tetapi juga bangsa Arab yang selama ini menentang Empayar Uthmaniyah.
Adakah muslihat British itu berjaya?
Dapatkan versi ebook di Google Play.
BEST.....SESUAI UNTUK SESIAPA YANG MINAT SEJARAH.TERUTAMANYA SEJARAH TERTUA DUNIA IAITU SEJARAH PALESTIN
Komik Gaza MINI #3: Duka Palestin Saat Jatuhnya Empayar Islam
"Anak orang Yahudi yang baru pindah masuk? Maksudnya ada orang Yahudi yang bina penempatan baru dekat kawasan inikah?
Tapi bukankah kerajaan sudah tetapkan kawasan ini sebagai kawasan penempatan rakyat Palestin?"
***
Di bawah pimpinan Sultan Abdul Hamid II, tanah suci Palestin terlindung daripada pelbagai ancaman luar yang memerhati.
Namun, dalam diam, ada komplot jahat yang sedang dirancang musuh bagi menggulingkan khalifah berwibawa tersebut.
Apakah yang akan terjadi kepada Palestin sekiranya iakehilangan penjaga yag selama ini menghalang kemaraan pihak musuh?
Dapatkan versi ebook di Google Play.
Komik Gaza MINI #2: Palestin Terancam Angkara Khianat
Hidup Arab! Jatuh Turki!
***
Keamanan Palestin mesti dipertahankan! Begitu azam Gaza.
Namun, bukan semua berkongsi makna keamanan yang sama. Ada pihak yang merasakan perpecahan itu perlu demi membina Palestin yang baru.
Yang salah tetap salah, biarpun ramai pengikut. Ketaksuban boleh meretakkan perpaduan yang selama ini menjadikan Palestin kuat.
Dan apabila Palestin goyah, pihak musuh bijak menyusun langkah.
Apakah akan terjadi kepada Gaza dan adik-beradiknya yang lain?
Bagaimanakah nasib empayar Islam selepas kejatuhan Sultan Abdul Hamid II?
Dapatkan versi ebook di Google Play & e-Sentral.
Buku yang paling best & menarik diolah dalam bentuk yang santai, mudah faham dan hadam. Cara penyampaian cerita yang menarik iaitu menggunakan nama-nama negeri di Palestin sebagai nama watak. Bahan bacaan yang sesuai utk semua peringkat umur.
Komik Gaza MINI #1: Detik Awal Palestin Dijajah
Gaza dan 15 adik-beradiknya hidup bahagia di Palestin - memancing, berniaga roti Tabun, dan bersama-sama kerajaan Turki Uthaminiyah membangun Hejaz Railway, sebuah projek landasan kereta api dari Istanbul ke Madinah untuk meringakan perjalanan jemaah haji.
Dalam kegembiraan mereka, ada helah jahat sedang dirancang oleh Israel dan Theodor Herz untuk menakluk Palestin.
Dan siapa sangka, bukan Israel dan Herzl sahaja yang punya rancangan jahat. Turut ada musuh dalam selimut yang berusaha menjatuhkan khilafah Islam ketika itu.
Tapi...siapa?
Dan kenapa?
Dapatkan versi ebook di Google Play & e-Sentral.
Utk judul pertama dlm siri Gaza ni, saya boleh kata bahawa ianya memudahkan kita utk memahami isu yg sedang Palestin dgn melihat kembali pd sejarahnya. Insya-allah, nak beli siri buku yg seterusnya pulak😁
Komik M Robot Tempur & Koleksi Komik Terbaik PAC by Pac
Penulis: Pac
Penerbit: PTS
Tahun Terbit: 2019
Bahasa: Melayu
Genre: Komik, Umum
ISBN: 9789674812232
Ketebalan: 128
Format: Paperback
ROBOT TEMPUR & KOLEKSI KOMIK TERBAIK PAC adalah buku kompilasi kedua PAC selepas kompilasi pertama, GILA ROBOT & KOLEKSI KOMIK TERBAIK PAC diterbitkan pada Februari 2017.
Seperti biasa, kompilasi ini menghimpunkan komik-komik pendek PAC dalam antologi Komik-M dan kesemuanya diwarnakan sepenuhnya. Turut disertakan, tutorial dan perkongsian khas PAC mengenai tip melukis komik sebagai panduan buat para pemula yang mahu menceburi bidang komik.
Tidak dilupakan, catatan-catatan eksklusif PAC yang menceritakan tentang kisah-kisah di sebalik pembikinan setiap komik.
Komik M Robot Bola & Koleksi Komik Terbaik Froggypapa by Tim Misi
Penulis: Tim Misi
Penerbit: PTS
Tahun Terbit: 2019
Bahasa: Melayu
Genre: Komik, Umum
ISBN: 9789674812607
Ketebalan: 112
Format: Paperback
ROBOT BOLA & KOLEKSI KOMIK TERBAIK FROGGYPAPA adalah buku kompilasi kedua Froggypapa selepas buku kompilasi pertama, BUDAK KOMIK & KOLEKSI KOMIK TERBAIK FROGGYPAPA diterbitkan pada September 2015. Seperti biasa, kompilasi ini menghimpunkan komik-komik pendek Froggypapa dalam antologi Komik-M dan kesemuanya diwarnakan sepenuhnya. Turut disertakan, tutorial dan perkongsian ‘bebelan’ khas beliau mengenai panduan berkomik buat para pemula yang mahu menceburi bidang komik. Tidak dilupakan, catatan-catatan eksklusif beliau yang menceritakan tentang kisah-kisah di sebalik pembikinan setiap komik.
Komik M: Misi Terbang Tinggi #2: Operasi Naga Kecil by Tim Misi
Penulis: Tim Misi
Penerbit: PTS
Tahun Terbit: 2018
Bahasa: Melayu
Genre: Komik, Umum
ISBN: 9789674812065
Ketebalan: 128
Format: Paperback
Berjaya menerbangkan Naga Kecil, bukannya pengakhiran kepada misi terbang di awan tinggi bagi Aidil dan Hadi. Pengembaraan yang mencabar menanti mereka di hadapan. Mengharungi keganasan ribut dan puting beliung masih belum dikira apa-apa kerana misteri sebenar yang menanti mereka berdua amat luar biasa dahsyatnya dan tidak dapat diterima akal!
Komik M: Misi 4 Flat X oleh Tim Misi
Penulis: Tim Misi
Penerbit: PTS
Tahun Terbit: 2018
Bahasa: Melayu
Genre: Komik, Umum
ISBN: 9789674811433
Ketebalan: 112
Format: Paperback
'X' pada judul komik ini mempunyai dua maksud.
Pertama, 'extended', iaitu komik ini memaparkan lanjutan kisah hidup Mat daripada komik Misi 4 Flat.
Kedua, anda akan tahu sendiri sesudah membaca komik yang merungkai banyak misteri ini.
Ini adalah #thelastmisi bagi Mat dalam plot utama MCU (Misi Comical Universe).
Komik M: Misi Budak Tahfiz #2 Dua Dilema by Tim Misi