Tentang Pilihan: Membentuk Kerangka Fikir Dalam Menentukan Perjalanan Hidup by Dr Nur Aisyah Zainordin

109 In stock
RM28.50 RM30.00
Terms & conditions
customers are viewing this product

Penulis: Dr Nur Aisyah Zainordin
Penerbit: Iman Publication
Tahun Terbitan: 2022
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9789672459378
Bil. Muka surat: 200 m/s
Format: Paperback
Harga: RM30.00 
Berat: 0.26kg

Sinopsis

Semakin dewasa, semakin kompleks persoalan kehidupan kita; semakin sukar pula hendak menetapkan sebuah keputusan.

Satu persatu keputusan besar terbentang di hadapan kita; memilih bidang pengajian, mencari pekerjaan dan menentukan pasangan hidup. Pilihan-pilihan ini bakal menentukan arah perjalanan kehidupan kita.

Bagaimana kalau keputusan yang aku buat ini silap?

Bagaimana kalau aku gagal sekali lagi?

Rasa ragu boleh menyekat kita daripada mengambil sebarang keputusan kerana takut hasilnya tidak seindah impian. Kita bimbang dengan ketidaktentuan masa hadapan.

Membuat keputusan memerlukan dua perkara; kemahiran berfikir yang berkesan dan keberanian menetapkan sebuah keputusan.  Kedua-duanya perlu seimbang dan saling melengkapi.

Buku ini merupakan susunan buah fikir Dr Nur Aisyah (Muharikah) bersandarkan kepada perjalanan kerjaya beliau sebagai seorang doktor pakar perubatan, dan pada masa yang sama, membangunkan IMAN sejak 2012. Penulis membentangkan konsep dan proses berfikir yang tepat untuk membantu kita membuat keputusan dengan lebih yakin dan berkesan dalam hidup.

Customer Reviews

Based on 13 reviews
69%
(9)
31%
(4)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
N
Nur Suhada
"pilihlah perkara yang paling menjadikan kita tenang dan bahagia"

esuatu yang saya belajar melalui buku ini
dalam menentukan pilihan:

1. Sebelum buat keputusan, carilah informasi yang meyakinkan kita terlebih dahulu. Beri masa dan tarikh akhir untuk buat keputusan.

2. Jika kita dapat merasakan sesuatu yang tidak kena, pada kebanyakan masa, kita betul. Jika kita dapat merasakan sesuatu itu sangat betul dan kita gembira dengannya, barangkali kita betul. Teruskan memilih perkara tersebut.

3. Tentang musyawarah:
Ambil pendapat dari orang yang dipercayai dan ada kredibiliti. Ambil juga pendapat yang tidak berat sebelah daripada orang yang tidak kenal kita.

Pada akhirnya, kata penulis - pilihlah perkara yang paling menjadikan kita tenang dan bahagia.

W
Wani
Memilih neraca akhirat akan membantu kita memilih apa-apa sahaja prinsip kehidupan

Di dalam hidup ini, kita akan sentiasa diberi pilihan untuk membuat keputusan sama ada ia keputusan yang terbaik untuk kita ataupun ia bakal mempengaruhi masa depan kita.

Maka sewajarnya, keputusan kita itu tidak berdasarkan ikut-ikutan sahaja. Sama ada kita membuat keputusan itu kerana dipengaruhi oleh ibu bapa mahupun rakan-rakan. Tetapi tidak salah meminta nasihat daripada ibu bapa, rakan-rakan dan mereka yang lebih berpengalaman, yang penting kita berani membuat keputusan kita sendiri.

Keputusan yang kita ambil sudah pasti akan memberi impak kepada kita pada masa akan datang. Maka, buatlah keputusan mengikut neraca akhirat. Bak kata penulis "Memilih neraca akhirat akan membantu kita memilih apa-apa sahaja prinsip kehidupan berdasarkan perkara yang dimahukan Allah SWT."

Konklusinya, buku ini memberi gambaran baru kepada aku iaitu bagaimana cara-cara membuat keputusan dengan memikirkan tujuan, matlmat, menyusun garis masa kehidupan, membentuk pemikiran menang dan melatih pemikiran bertumbuh yang diterangkan oleh penulis serba sedikit di dalam buku ini.

u
ulet_bookku
"memberi kita panduan untuk membuat pilihan yang tepat"

Kehidupan kita di dunia ini adalah satu pilihan. Kita yang pilih nak jadi apa. Baik, buruk di tangan kita. Jika hanya ada dua pilihan untuk pilih baik ataupun buruk, itu mudah. Semestinya kita perlu memilih yang baik saja. Tetapi, jika kita diberi dua atau lebih pilihan dan kesemuanya baik-baik belaka, yang mana satu patut kita pilih?

Buku ini memberi kita panduan untuk membuat pilihan yang tepat. Dua konsep yang berjaya menarik minat saya ialah ikigai dan hedgehog. Ikigai dari Jepun manakala hedgehog dari Amerika. Kedua-duanya mengetengahkan topik yang lebih kurang sama iaitu memaksimumkan kebolehan diri dalam membuat pilihan.

Kita perlu tahu pilihan yang mana akan memberi impak positif bukan untuk diri kita saja tetapi juga untuk masyarakat sekeliling. Seandainya kita menemui jalan buntu, buku ini memberi kita petunjuk apa yang patut kita lakukan. Antaranya adalah dengan membuat solat istikharah seperti saranan Rasulullah.

2 Reviews
Tentang Pilihan: Membentuk Kerangka Fikir Dalam Menentukan Perjalanan Hidup by Dr Nur Aisyah Zainordin
You have successfully subscribed!
This email has been registered