FREE SHIPPING UNTUK PEMBELIAN RM200 KE ATAS ke semenanjung malaysia!
Pesan Hamka Kepada Pendidik - Iman Shoppe Bookstore
RM25.00

Jejak Tarbiah

Pesan Hamka Kepada Pendidik

PENULIS: MUHAMMAD SHAH AHMAD NOR

Sejak pulang dari Kembara Menjejak Buya Hamka anjuran Komuniti Jejak Tarbiah di Sumatera Barat. Saudara Muhammad Shah Ahmad Nor konsisten menulis status ibrah pendidikan yang berinspirasi dari Kisah Buya Hamka.

Beliau merupakan seorang Esekutif di Petronas yang juga aktif terlibat dalam aktiviti pendidikan dengan membangun tadika & sekolah rendah Islam di Seremban. Beliau menulis dalam perjalanan ke tempat kerjanya ketika menaiki Kamuter dan bas dari Seremban - ke KLCC.

Saban minggu beliau kongsikan penulisan tersebut dalam group whatsaap Kembara Hamka. Penulisannya bersifat santai, namun tetap ilmiah dengan bersandarkan rujukan yang baik.

Penulisan ini bertepatan dengan idea utama Komuniti Jejak Tarbiah iaitu memasyarakatkan ilmu seterusnya mendekatkan tokoh dan pemikiran mereka kepada umum.

Justeru perbahasan buku ini sesuai untuk bacaan umum sebagai inspirasi untuk membangun peribadi berbudi tidak sekadar kepada pendidik seperti guru, bahkan juga untuk ibu bapa, dan generasi anak muda.

Sale

Unavailable

Sold Out