Kombo Lengkap Ramadan + [PERCUMA] Sejadah Muka Eksklusif
Dapatkan Kombo ini dengan hanya RM 115 dan jimat RM 25 daripada harga asal!
Istimewa buat pembeli kombo ini, anda akan dapat:
- Iqra': Panduan Berfikir Dalam Menghadapi Krisis Kejahilan Moden by Hasrizal Abdul Jamil
- Istiqamah : Mempelajari Makna Istiqamah Dalam Amalan Menerusi Kehidupan Nabi S.A.W & Para Sahabat by Khubaib Akhi
- The Beauty of Tawbah: Relieving Burdens of the Heart Through Repentance by Zur'ain Md Isa
- A Collection of Daily Qur'anic Reflections Rebuilding Love for the Qur'an Through Tadabbur of Aemeyra 25 Selected Ayahs by Aemeyra
- Sejadah Muka (Terhad kepada 300 pembeli terawal!)
- Bookmark (Terhad kenapa 1000 pembeli terawal!)
Sinopsis
Iqra': Panduan Berfikir Dalam Menghadapi Krisis Kejahilan Moden by Hasrizal Abdul Jamil
Di tengah kepesatan maklumat dan kebangkitan kecerdasan buatan (AI), manusia hari ini mendapati diri mereka terperangkap dalam satu paradoks: kita memiliki segalanya untuk tahu, namun kehilangan upaya untuk memahami.
Apabila setiap isu menjadi medan perdebatan tanpa sempadan, suara kebenaran sering kali tenggelam dalam naratif yang bercanggah dengan fitrah dan moral masyarakat. Di manakah letaknya kebenaran? Mengapa manusia semakin mahir berkata-kata, namun semakin hilang ketertiban dan adab dalam berfikir?
Iqra', sebuah seruan sejak 1,400 tahun lalu, mengajak kita kembali kepada bukan sekadar pembacaan, tetapi sebuah metodologi fikir yang memulihkan kecelaruan minda. Inilah jalan menuju ilmu rushda; ilmu yang bukan sekadar mengisi kepala, tetapi menyuluh jalan pulang menuju kebenaran, keseimbangan, dan kemanusiaan yang kian pudar.
*
Hasrizal Abdul Jamil adalah pendidik dan pemikir reformis dengan lebih 30 tahun pengalaman mengemudi wacana pemikiran Islam serta pembangunan sahsiah. Berlatarbelakangkan bidang Syariah dari Universiti Mu'tah, Jordan serta Pendidikan Inklusif dari Trinity College Dublin, beliau kini giat meneroka dampak Kecerdasan Buatan (AI) terhadap kemanusiaan.
Istiqamah إستقامة: Mempelajari Makna Istiqamah Dalam Amalan Menerusi Kehidupan Nabi S.A.W & Para Sahabat by Khubaib Akhi
Istiqamah sering kali dikaitkan dengan perkataan konsisten, dan terus-menerus beriman serta melakukan amal soleh. Kalau boleh, setiap hari graf iman dan amal harus meningkat, seiring dengan peningkatan umur dan kematangan hidup.
Ketika iman sedang meninggi, semua amalan kita ingin lakukan. Setiap hari semangat kita berkobar-kobar; tidak langsung meninggalkan al-Quran, solat sunat dan qiamullail. Namun selang berapa lama kemudian, semangat itu semakin mengendur dan akhirnya meninggalkan kita dengan perasaan serba salah.
Meski kita ingin menjadi versi diri yang lebih baik, kesibukan harian dan semangat yang naik turun tidak berpihak pada kita.
Kenapa susah sangat nak berubah? Kenapa susah sangat nak konsisten?
Mungkin jika kita memahami makna sebenar istiqamah, kita akan menemui jawapannya lalu meraih kekuatan dan semangat untuk menjadi diri yang kita impikan.
Menerusi kisah Nabi SAW dan para sahabat, buku ini meneroka semula erti istiqamah; yang hakikatnya bukan sekadar amalan paling banyak, tetapi tentang amalan terbaik yang kita boleh lakukan. Jelasnya, istiqamah itu adalah sesuatu yang manusiawi; dan ia juga bermaksud perlunya meraikan turun naik amal dan iman kita dalam kehidupan sehari-hari.
سَدِّدُوا وَقَارِبُوا
“Buatlah yang terbaik, hampirilah kesolehan yang tertinggi.”
(Riwayat al-Bukhari, hadis 6464)
The Beauty of Tawbah تَوْبَة: Relieving Burdens of the Heart Through Repentance by Zur'ain Md Isa
“Tawbah is an act of love—returning to the love of the One who was never far from us, and who never leaves us.”
Many of us perceive Tawbah as a heavy concept, reserved for the end of life or only for those who have committed great sins. We often carry a silent weight of shame, feeling too imperfect or unworthy of Allah’s mercy. We treat repentance like a scary ending, but what if it is actually the moment your true life begins?
In The Beauty of Tawbah, author Zur’ain Md Isa invites us to see repentance as a "beautiful homecoming"; for Allah does not define us by our mistakes, but by the sincerity of our return. Through honest reflections, she shows how turning back to our Creator can relieve the deepest aches of the heart and bring a sense of peace we have always longed for.
You are never too broken to return. Stop running from your past and start running towards His mercy. Your journey home begins today.
A Collection of Daily Qur'anic Reflections Rebuilding Love for the Qur'an Through Tadabbur of Aemeyra 25 Selected Ayahs by Aemeyra
“There is no better way to get to know Allah than through the Qur’an. Make the Qur’an your khalil—your closest friend and companion through every part of this life.”
Many of us grew up learning to recite the Qur’an, yet we still feel disconnected. We know the rules of reading, but we often miss the invitation to connect deeply through tadabbur (reflection).
And we too often wonder: Is reflection only for scholars, or can an ordinary soul begin this intimate conversation?
In A Collection of Daily Qur'anic Reflections, Aemeyra, a dedicated Qur’an student and founder of the sisterhood Quran Gathering, shares her honest journey of reclaiming her connection with the Book. Through 25 selected ayahs, she shows how the Qur’an can become a loyal friend during both hard times and moments of joy.
These heartfelt essays remind us that the Qur’an listens to our silent prayers, answering weary hearts with verses that soothe, heal, and bring a beautiful calmness to our world.
*
This book features a Tadabbur Guide by Ustadh Syaari Ab Rahman.
1. Sebarang order yang berjaya adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan atau ditukar ganti.
2. Selepas selesai proses pembayaran yang lengkap, anda akan menerima email pengesahan daripada IMAN Shoppe Bookstore bersama nombor order (cth: #111***). No order ini penting untuk semakan keseluruhan butiran pembelian.
3. Sebarang pertukaran alamat selepas pembelian tidak akan diterima dan pihak IMAN akan memproses tempahan berdasarkan maklumat yang diberikan semasa tempahan di website.
4. Anda tidak dibenarkan menukar atau menambah order selepas pembelian berjaya di website. Untuk menambah pembelian buku, anda boleh membuat tempahan buku yang baru di website dan kami akan pos buku tersebut secara berasingan.
Polisi Penghantaran:
1. Penghantaran akan dilakukan dalam masa 2-3 hari bekerja untuk Semenanjung dan Sabah/Sarawak dalam masa 14 hari bekerja. Penghantaran luar negara akan mengambil masa dalam 2-3 minggu tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad mengikut nombor order (cth: #111***).
2. Untuk item pra tempah seperti Box Set T Planner 2026, T Planner 2026, Tear-Off Calendar dan Book Badge akan mula dihantar bermula 5 Disember hingga 31 Disember 2025 secara berperingkat.
3. Semua parcel akan diposkan melalui sistem kurier yang telah ditetapkan oleh pihak IMAN kecuali Sabah Sarawak dan Luar Negara.
4. Tracking nombor akan diberikan melalui email dari IMAN Shoppe setelah parcel mula diproses oleh pihak IMAN.
5. Pelanggan tidak dibenarkan untuk self pick up pra tempah di premise IMAN Media Group
Polisi Kerosakan/Kehilangan Parcel
1. Sebarang aduan seperti berikut:
i. Kerosakan item
ii. Menerima order yang salah
iii. Kelewatan atau kehilangan parce
Anda boleh membuat laporan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN di sini. Pihak IMAN akan segera hubungi anda melalui email dalam tempoh 24 jam semasa waktu bekerja untuk penghantaran item yang baru.
Perhatian: Untuk buku rosak atau salah item, anda tidak perlu pulangkan kepada pihak IMAN.
2. Jika parcel mengalami kerosakan fizikal, anda perlu membuat laporan kepada pihak Easyparcel melalui email, support@easyparcel.my dan pihak IMAN dalam masa 24 jam. Kami tidak akan menghantar parcel yang baru sekiranya anda tidak membuat laporan kepada pihak kurier.
3. Untuk kes pemulangan parcel yang tak dituntut, anda haruslah membayar kos penghantaran yang baru kepada pihak IMAN dalam tempoh sebulan.
PERHATIAN: Sebarang persoalan dan cadangan, boleh diajukan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN melalui email sales@imanshoppe.com atau hubungi talian 013-2875747.