FREE SHIPPING UNTUK PEMBELIAN RM200 KE ATAS ke semenanjung malaysia!
Tafsir Surah Ibrahim & Juzuk 13- HAMKA
RM21.30

RM25.00

PTS

Tafsir Surah Ibrahim & Juzuk 13- HAMKA

- pembelian secara pukal atau rundingan harga pukal, sila hubungi Encik Razreen : +60 17-294 7144 atau Kak Iman: +60 13-287 5747

Saiz: 6 X 9
Jumlah Muka Surat: 216
ISBN-13: 978-967-481-109-9

Tafsir Surah Ibrahim dan Juzuk 13 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA.

HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepebagaian mazhab.

Tafsir Surah Ibrahim dan Juzuk 13 ini menumpukan kepada perbincangan HAMKA mengenai surah yang terdapat dalam juzuk 13, iaitu sambungan Surah Yusuf dan Surah Ar-Ra’d.

Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.

Sale

Unavailable

Sold Out