FREE SHIPPING UNTUK PEMBELIAN RM200 KE ATAS!
Tafsir Al-Mulk Dan Juzuk 29 - HAMKA
RM22.50

RM25.00

PTS

Tafsir Al-Mulk Dan Juzuk 29 - HAMKA

- pembelian secara pukal atau rundingan harga pukal, sila hubungi Encik Razreen : +60 17-294 7144 atau Kak Iman: +60 13-287 5747

Saiz: 6 X 9
Jumlah Muka Surat: 520
ISBN-13: 978-967-481-161-7

Tafsir Surah Al-Mulk dan juzuk 29 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA.

HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepebagaian mazhab.

Tafsir Surah Al-Mulk dan juzuk 29 ini menumpukan kepada perbincangan HAMKA mengenai Surah Al-Mulk dan surah lain dalam juzuk 29.

Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.

Sale

Unavailable

Sold Out