8 products
8 products




























































8 products
Kick Start Tarbiah Dzatiah (AS-IS)
Penulis: Musyirah Zulkarnain
Buku Kickstart Tarbiah Dzatiah ini akan menerangkan kepada anda definisi dan apa perlunya Tarbiah Dzatiah, seterusnya memberikan tips-tips praktikal dalam melaksanakan proses pembaikan diri ini.
Sesungguhnya konsep Tarbiyah Dzatiah ini meyakinkan kita bahawa tarbiah itu sepatutnya bukan melahirkan satu generasi yang seakan difotostat – sama sahaja karakter dan serba-serbinya, tetapi satu generasi yang penuh warna warni dan bersinergi potensinya!
This is a defect product. The conditions are:
But worry not, it is perfectly readable. This book gets 20% discount.
Muharikah The Comics
Oleh: Muharikah & King Shu Penerbitan bersama Iman Publication & Comichat.
Apabila kita tahu dan faham tujuan hidup kita, tidak akan wujud rasa risau, resah, sedih atau seperti hilang arah. Malah, kita akan rasa hidup ini sangat bermakna dan penuh dengan cahaya harapan.
Maka, pilihlah tujuan hidup yang benar, agar perjalanan hidup kita memberikan kesan luar biasa dan impak menggunung tinggi bukan untuk diri kita sahaja, tetapi juga orang-orang di sekeliling kita.
Bagi pengikut setia beliau di Facebook yang sudah melebihi 87,000 orang, beliau dikenali sebagai Muharikah. Siapa Muharikah? Seorang blogger, penulis buku (Sayonara Jahiliah dan 3 Formula Pengubah Manusia) dan ketua pengarang majalah JOM!
Di luar dunia penulisan, Muharikah lebih dikenali sebagai Dr. Nur Aisyah Zainordin, seorang doktor yang kini sedang berkhidmat di Universiti Teknologi Mara dan juga seorang pelajar master dalam jurusan Internal Medicine. Baik Muharikah mahupun Dr. Aisyah, segala-galanya dalam hidup ini adalah untuk menyampaikan Islam kepada segenap lapisan masyarakat
"Sebenarnya, kita yang perlukan Allah. Allah tak perlukan kita sedikit pun." (Muharikah, 2011)
Dapatkan versi ebook di Google Play.
This is a defect product. The conditions are:
But worry not, it is perfectly readable. This book gets 20% discount.
Alhamdulillah, really inspiring. Showed me how muslimahs can overcome trials in life and be ambitious while still holding on to their deen.
Buku muharikah memamg terbaik dan banyak memberikan inspirasi dalam hidup saya
Da'i Disruptor by Muharikah (AS-IS)
Penulis: Muharikah
Pages: 243 m/s
“Jika anti merasakan bahawa tarbiah yang sekarang sepatutnya seperti dulu, anti silap. Anti akan rasa tertekan. Tapi jika anti melihat bahawa tarbiah itu harus evolve, seiring dengan kehidupan anti, anti akan rasa tarbiah itu lebih bermakna.”
“Usrah itu pada perasaan. Bukan sekadar pada content.”
Mutiara kata-kata murabbi kami menjirus deras pagi itu. Setiap butiran katanya ternyata berbekas. Kami benar-benar mendapat rejuvenasi semangat dakwah di pagi hari hujung minggu itu. Rata-rata yang hadir sudah berbelas dan puluhan tahun berada di jalan dakwah dan membawa usrah. Ternyata, menghidupkan dan memaknai usrah memerlukan usaha yang berterusan.
Kupasan mengenai usrah dan dakwah, semuanya terhimpun dalam buku terbaru keluaran Iman Publication, Dai Disruptor. Ditulis oleh Muharikah atau nama sebenar beliau Dr Nur Aisyah Zainordin, seorang Pakar Perubatan Dalaman dan juga JK Belia IKRAM Wangsa Maju.
Dapatkan versi ebook di Google Play & e-Sentral.
This is a defect product. The conditions are:
But worry not, it is perfectly readable. This book gets 20% discount.
Kerana Manisnya Ukhuwah (AS-IS)
Penulis: Wan Nadzipah Maharah
Ukhuwah sangat sinonim dengan perkataan kasih sayang dan cinta. Ia mampu menggerakkan kita untuk saling membantu, menasihati, memperingati, bertolak ansur dan bermaafan sesama saudara semuslim dengan rela tanpa paksaan! Luar biasa bukan?
Buku tulisan anak muda, Wan Nadzipah Maharah ini mampu membuatkan hati pembaca berbunga-bunga bahagia kerana diizinkan Allah swt. merasai kemanisan nikmat ukhuwah.
Gaya penulisan beliau tentang ukhuwah sangat mudah untuk difahami dan dipraktikkan oleh kita. “Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke syurga beramai-ramai” (Az-Zumar:73)
Bermula dengan memperkenalkan makna sebenar ukhuwah, buku ini juga membawa pembaca merasakan pentingnya ukhuwah dalam kita menelusuri kehidupan di dunia yang penuh cabaran, fitrah atau sunnatullah pahit manis sebuah ukhuwah, kisah-kisah sirah tentang ukhuwah yang boleh diambil pengajaran, peringkat-peringkat ukhuwah, perkongsian pengalaman dan tips bila berhadapan virus-virus ukhuwah serta ke mana akhirnya ukhuwah mampu membawa kita?
Nikmat ukhuwah ini adalah hadiah daripada Allah swt. buat kita yang bergelar muslim. Jadi seharusnya ia dimanfaatkan dengan niat untuk menggapai redha Allah. Kerana Manisnya Ukhuwah, semoga membuat kita semua berpimpin tangan menuju syurgaNya.
This is a defect product. The conditions are:
But worry not, it is perfectly readable. This book gets 20% discount.
Sedangkan Kiblat Pun Berubah (AS-IS)
Penulis : Inspector Saahab
ISBN : 978-983-2423-33-1
Halaman : 193
Harga : RM 25.00
Buku ini adalah hasil kompilasi tulisan penulis di laman maya. Sebanyak 30 artikel dimuatkan, semuanya bertemakan tadabbur/penghayatan dalam kehidupan. Tidak kiralah sama ada ia penghayatan terhadap situasi yang berlaku dalam kehidupan penulis, mahupun ayat Quran yang dibaca mahupun hadis yang dikupas serta kisah-kisah Nabi yang diceritakan, semuanya mempunyai nilaian yang tersendiri.
Penulis telah mengupas dari sudut pengalaman penulis sendiri dan mengaitkan setiap pengajaran yang didapati daripada tadabbur itu dengan kehidupan sebagai seorang manusia, dan juga aktivis yang bergiat aktif di medan dakwah dan tarbiah.
Gaya penulisan yang santai serta mudah dibaca menjadikan buku ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Walaupun bukan sebagai buku rujukan ilmiah, tetapi sebagai percikan hidayah serta pengubah paradigma pembaca. Untuk memastikan ia tidak tersasar daripada mesej Islam yang sebenar, buku ini telah pun disemak oleh editor syariah yang bertauliah.
Sedangkan Kiblat Pun Berubah, apatah lagi hati dan hala tuju hidup kita. Mesej penulis jelas, kita semua ini manusia terpilih. Sedar ataupun tidak, itulah hakikatnya. Allah telah memilih kita menjadi Muslim, kerana itu berimanlah dengan sebenarnya dan jalankanlah tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita, iaitu menjadi abid dan khalifah-Nya.
Dapatkan versi ebook di Google Play.
This is a defect product. The conditions are:
But worry not, it is perfectly readable. This book gets 20% discount.
Lagenda Budak Usrah Edisi Kemas Kini (AS-IS)
Penulis : Muharikah
Budak usrah bukanlah orang yang berburuk sangka dan suka judge orang lain.
Budak usrah adalah orang yang akan selalu melihat orang lain penuh optimis dan penuh harapan.
Dia tidak melihat orang lain yang berbeza dan kurang tarbiah sebagai orang yang lebih rendah daripada dirinya.
Dia akan berusaha menarik semua orang di sekelilingnya ke syurga.
Dia tidak mendabik dada, walaupun cara dan tindakannya lebih benar daripada orang lain.
Budak usrah bukanlah juga orang yang bercakap kasar dan melemparkan kata-kata mengguris hati atas nama dakwah.
Budak dakwah tidak takbur dengan kumpulan dan grup usrahnya. Paling penting, tidak memandang rendah pada orang lain
Jika usrah membawa kebahagiaan dan jalan benar bagi hidupmu, kenapa hatimu bersangka buruk pada orang lain.
Dapatkan versi ebook di Google Play & e-Sentral.
This is a defect product. The conditions are:
But worry not, it is perfectly readable. This book gets 20% discount.
35 Batu Nautika Sebuah Travelog Women's Boat to Gaza (AS-IS)
This is a defect product. The conditions are:
But worry not, it is perfectly readable. This book gets 20% discount.