FREE SHIPPING UNTUK PEMBELIAN RM200 KE ATAS ke SELURUH MALAYSIA!
Tafsir Surah Yusuf & Juzuk 12- HAMKA
RM25.00

PTS

Tafsir Surah Yusuf & Juzuk 12- HAMKA

- pembelian secara pukal atau rundingan harga pukal, sila hubungi Encik Razreen : +60 17-294 7144 atau Kak Iman: +60 13-28

Saiz: 6 X 9
Jumlah Muka Surat: 320 
ISBN-13: 978-967-481-108-2

Tafsir Surah Yusuf dan Juzuk 12 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA.

HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepebagaian mazhab.

Tafsir Surah Yusuf dan Juzuk 12 ini menumpukan kepada perbincangan HAMKA mengenai surah yang terdapat dalam juzuk 12, iaitu Surah Hud.

Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.

Sale

Unavailable

Sold Out