FREE SHIPPING UNTUK PEMBELIAN RM200 KE ATAS!

5 Sebab Kenapa Kena Baca Buku 'Di Bawah Teduhan Kisah-Kisah Al-Quran'

Posted by on

          Buku ‘Di Bawah Teduhan Kisah - Kisah Al-Quran’ tulisan Ustaz Syaari Ab Rahman merupakan di antara buku ‘best-seller’ di Iman Shoppe bagi tahun 2018. Dalam masa setahun sahaja, buku ini telah diulang cetak sebanyak 4 kali.

Ramai daripada kawan - kawan Kak Iman yang datang dari jauh semata - mata ingin mendapatkan buku ini. Sudah pasti ada sesuatu yang istimewa dengan buku ini, kan? 

Penulis merupakan individu yang tidak asing lagi dalam bidang tadabbur Al-Quran. Setiap minggu akan kedengaran suaranya di corong radio dalam rancangan Ibrah terbitan Institut Kefahaman Islam Malaysia, IKIM.fm.

Malah, telah beberapa kali dijemput sebagai panel dalam beberapa rancangan di televisyen. Selain itu, beliau juga sering dijemput ke pelbagai institusi untuk berkongsi berkaitan ibrah dari kisah - kisah yang terdapat di dalam Al Quran.

Tidak hairanlah jika buku ini mendapat perhatian dari ramai pembaca. Sampaikan Kak Iman pun tak nak ketinggalan juga.


Kredit: Instagram Ustaz Syaari

Ada 5 sebab kenapa buku ini memberi kesan pada kehidupan Kak Iman. Kak Iman harap, ia berkesan kepada awak juga.

5 perkara inilah yang menjadikan buku ini sangat istimewa dan wajar dimiliki lebih ramai orang agar dapat membantu kita lebih memahami serta mampu berinteraksi dengan kisah- kisah yang terdapat di dalam Al-Quran.

1. Al-Quran bukanlah sekadar sebuah buku sejarah

Sejarah yang sering kita fahami adalah sebuah kronologi cerita yang terbatasi dengan masa dan tempat tertentu.

Apabila kita mengatakan kisah-kisah dalam Al-Quran adalah sejarah atau cerita zaman lampau, kita seringkali merasakan kisah-kisah dalam Al-Quran ini tidak ada kaitannya dengan kita. Kita sekadar membaca kisah ummat terdahulu.

Misalnya saat membaca kisah Nabi Yusuf, kita secara tidak langsung merasakan yang kisah itu sepenuhnya adalah mengenai Nabi Yusuf, tidak ada satu pun yang boleh dikaitkan dengan kehidupan kita. Menurut penulis, sangatlah rugi jika kita beranggapan sedemikian.

2. Allah sengaja merahsiakan pelaku atau tempat dalam sesetengah kisah yang terdapat di dalam Al-Quran.

Terkadang kita akan mendapati, sesetengah tokoh cenderung mengambil kisah - kisah israilyat (data-data yang diambil dari pendeta Yahudi yang memeluk Islam) bagi menjelaskan ayat tersebut seperti siapakah nama anjing dan pemuda - pemuda Ashabul Kahfi dalam surah Al- Kahfi tersebut.

Tetapi penulis menegaskan bahawa yang lebih penting adalah pada ibrah (pengajaran) yang harus kita ambil dari sesuatu kisah tersebut. Bukan memikirkan siapa di sebalik kisah tersebut.

Hal ini kerana menurut penulis, Allah sengaja tidak menyebut pelakunya kerana kisah itu boleh berulang pada mana - mana zaman sekalipun.

Dalam buku ini, penulis banyak mengaitkan secara langsung kisah - kisah dalam Al-Quran dengan peristiwa hari ini. Oleh itu, kita terasa lebih dekat dan seolah-olah ayat Al-Quran itu benar - benar diturunkan untuk kita.

Sebagai contoh dalam Surah Yusuf, Allah sengaja tidak menyebut nama Zulaikha atau adik beradik Nabi Yusuf. Supaya semasa kita membaca ayat tersebut, kita merasakan peringatan untuk tidak mendekati zina itu adalah buat kita semua bukanlah eksklusif buat Zulaikha sahaja.

Atau ketika membaca ayat - ayat mengenai sikap hasad adik beradik Nabi Yusuf, kita merasakan ia juga teguran Allah buat kita, bukan sekadar sejarah lampau. Dengan itu, kisah itu menjadi universal, jauh merentas zaman dan juga sempadan.


3. Sejarah atau sains mestilah berkhidmat kepada nas Al-Quran

Al-Quran seharusnya menjadi ukuran kebenaran. Bukan sebaliknya.

Siapa menundukkan siapa, perlulah kita insafi.

Bukanlah Al-Quran itu benar apabila kandungannya disemak benar oleh sains atau teori- teori lain.

Al-Quran benar kerana ia adalah kalam dan wahyu dari Tuhan.

4.  Al-Quran mengajar kita untuk fokus

Tidak semua kisah yang diceritakan dari awal hingga akhir.

Misalnya dalam kisah Nabi Yusuf, tiada satu pun ayat yang menceritakan mengenai apa yang dilakukan Nabi Yusuf semasa 7 tahun pertama beliau di Mesir atau bagaimana hubungan baginda dengan rakyat jelata. Menurut penulis, hal ini adalah sesuatu yang disengajakan dan merupakan bukti bahawa Al-Quran bukanlah tulisan manusia. Al-Quran mahu mendidik kita memahami prioriti ilmu.

Allah SWT mendiamkan sesuatu yang kurang penting dan memberitahu sesuatu yang jauh lebih penting. Tiada satu huruf yang ditambah atau digugurkan dan kalimah atau perkataan yang didahulukan atau dikemudiankan melainkan adanya tujuan di sebaliknya.

Allah SWT mahu kita fokus kepada ibrah yang kita boleh perolehi dan amalkan dalam kehidupan seharian kita.

Misalnya dalam kisah Ashabul Kahfi, Allah SWT sengaja tidak menyebut dengan jelas berapa ramaikah sebenarnya pemuda di dalam gua tersebut, berapa lamakah sebenarnya mereka tidur atau apakah nama dan warna anjing mereka dan seumpama dengannya.

Allah SWT mahu kita fokus kepada ibrahnya iaitu bagaimana kekuatan aqidah pemuda- pemuda tersebut dalam mempertahankan iman mereka.

5. Penulis banyak berkongsi mengenai adab - adab berinteraksi dengan Al- Quran

Al-Quran bukanlah sebuah ‘buku’ biasa tapi ia adalah sebuah kitab suci yang diturunkan kepada kita semua sebagai panduan kehidupan.

Pentingnya memelihara adab ketika membaca atau berinteraksi dengannya untuk memberi menjamin keberkatan dan beroleh keredhaan Allah.

Antara adab yang penulis kongsikan adalah menundukkan emosi kepada Al-Quran, bukan sebaliknya. Fikiran dan hati harus dijernihkan dari sebarang kepentingan atau prasangka agar ayat- ayat Al-Quran tersebut dapat dihayati dan diambil ibrahnya secara benar.

Demikianlah 5 perkara penting yang Kak Iman dapat simpulkan dari buku ‘Di Bawah Teduhan Kisah-Kisah Al-Quran’.

Kak Iman rasa lebih bersemangat untuk mentadabbur ayat-ayat Al-Quran selepas membaca buku ini.

Banyak yang Kak Iman belajar dari buku ini. Rupanya selama ni Kak Iman tak cukup bersungguh - sungguh dalam usaha memahami isi Al-Quran.

Bagi sesiapa yang dah baca baca buku ini, boleh kongsikan juga apa benda yang paling best dapat dari buku ini. Semoga dapat dimaatkan bersama-sama dengan rakan-rakan kita yang tak baca lagi buku ini.

Boleh kongsikan buku ini di media sosial dengan tag @imanshoppe dan letakkan hashtag #DiBawahTeduhan

Berminat untuk dapatkan karya-karya Ustaz Syaari? Klik gambar di bawah ini. 

Sekian dulu untuk kali ini,

Di Bawah Teduhan Kisah-Kisah Al-Quran Ikim.fm tadabbur al-quran Tadabbur Centre Ustaz Syaari

← Older Post



Leave a comment

Sale

Unavailable

Sold Out