FREE SHIPPING UNTUK PEMBELIAN RM200 KE ATAS ke semenanjung malaysia!

Ada Kisah Kita Di Dalam Al-Quran

Posted by on

Terkadang ketika membaca kisah Nabi Musa di dalam al-Quran misalnya, kita merasakan ia hanyalah sebatas sebuah cerita lampau mengenai Nabi Musa. Lalu, kita tidak berusaha menghayati dan memahami maksud sebenar di sebalik ayat-ayat al-Quran. Sedangkan tidak ada satu pun ayat yang Allah turunkan tanpa mempunyai maksud tersirat buat kita.

“Hak al-Quran kepada pembaca bukan sekadar membaca, tetapi hak al-Quran adalah kita melihat ayat-ayat Allah SWT ini dengan hati selepas akal, dengan perasaan setelah pemahaman.” 

- Ustaz Syaari, Perempuan Yang Baik-Baik Dalam Al-Quran

Begitulah betapa pentingnya usaha memahami intipati al-Quran.Beruntungnya kita dihadirkan karya-karya hasil penelitian Ustaz Syaari Ab Rahman terhadap beberapa kitab tafsir bertahun-tahun lamanya. 

Untuk kita memahaminya sendiri tanpa pemahaman sirah, ilmu bahasa arab, ilmu ulum al-Quran dan beberapa ilmu lain adalah agak sukar bagi kita. Oleh itu, karya-karya Ustaz Syaari ini harus kita manfaatkan sebaik mungkin agar matlamat akhir untuk menghayati dan mengamalkan intipati al-Quran dalam kehidupan kita berjaya dicapai. 

Kali ini, kami akan kongsikan persamaan dan perbezaan antara 5 Buku (tema: Tadabbur) tulisan Ustaz Syaari Ab Rahman; 

Pertama, buku Kompas 114

Kompas 114

Buku ini diterbitkan pada Mei 2017. Sehingga kini ia masih dicari-cari oleh ramai orang yang dalam usaha mendalami isi al-Quran. Buku ini memfokuskan perbincangan mengenai tema sesebuah surah, hubungan antara surah-surah dan paparan peta sirah Nabi yang berkaitan dengan al-Quran. 

Buku ini disertakan dengan ilustrasi seperti gambar rajah yang membantu menerangkan tema setiap 114 surah, objektif, kandungan serta fadhilat surah-surah tersebut. 

Sebagai contoh: Surah al-Ikhlas 



Kedua, buku Di Bawah Teduhan Kisah- Kisah Al-Quran

Buku ini diterbitkan pada 2018. Dalam al-Quran terdapat 54 surah daripada 114 surah memuatkan kisah-kisah yang berlaku pada masa lampau. 

Oleh itu ¼ daripada al-Quran adalah cerita. Buku ini digarap agar pembaca dapat menghayati betapa indahnya kisah di dalam al-Quran. Dalam buku ini, Ustaz ingin menegaskan bahawa kisah al-Quran bukan sekadar kisah sejarah. Ustaz membawa beberapa kisah seperti kisah Nabi Ibrahim, Nabi Yusuf dan beberapa kisah lain dalam 15 surah terpilih. 

Istimewanya buku ini menurut Ustaz Dr. Shauqi Othman (Pensyarah Kanan I’jaz al-Quran Universiti Putra Malaysia) adalah ketepatan maklumat dan ketelitian Ustaz Syaari dalam memperhalusi pengajaran dan iktibar daripada kisah-kisah al-Quran. 

Hal ini kerana selama ini masyarakat banyak disajikan dengan kisah-kisah yang dicampuradukkan dari sumber israiliyat dan sumber-sumber yang meragukan yang mengakibatkan pengajaran dari kisah al-Quran tidak dapat diambil manfaat dengan lebih tepat dan wajar. 

Misalnya, masyarakat lebih tertumpu dengan kisah perkahwinan di antara Zulaikha dan Nabi Yusuf sedangkan Allah tidak menyebut hal tersebut dalam Surah Yusuf bahkan ia adalah hasil keyakinan terhadap kisah yang bersumberkan israiliyyat. 

Ketiga, Buku Menggapai Bintang

Buku ini diterbitkan pada Januari 2019. Sama seperti konsep buku sebelum ini iaitu Di Bawah Teduhan Kisah-Kisah al-Quran, buku ini mengangkat kisah-kisah yang disebut di dalam al-Quran. Semua kisah yang diceritakan dalam al-Quran adalah pelbagai dan tidak ada satu pun yang sama dan terjadi secara kebetulan.

Oleh itu, buku ini membantu pembaca benar-benar merasakan di manakah kita dalam ayat al-Quran yang kita baca. 

Apa yang berbeza sedikit dalam buku ini adalah perbincangan berdasarkan kisah, tidak berfokus kepada surah apa. Oleh itu, ada perbincangan yang melibatkan banyak ayat dari surah yang berbeza kerana ingin memfokuskan kisah. Antara kisah yang disentuh dalam buku ini adalah kisah kakak Nabi Musa AS, kisah Malaikat Harut dan Marut, kisah Nabi Yunus dan banyak lagi kisah lain. 

Keempat, buku Indahnya Pesan Luqman Al-Hakim

Indahnya Pesan Luqman Al-Hakim

Buku ini diterbitkan pada Mac 2019. Daripada tajuknya ia telah menjelaskan apa fokus yang ingin Ustaz sampaikan melalui buku ini. 

Melalui buku ini, Ustaz berusaha berkongsi perkara-perkara yang jarang dibincangkan apabila berbicara mengenai wasiat Luqman al-Hakim. Selain dari memfokuskan ilmu keibubapaan, wasiat seorang bapa kepada anaknya, Ustaz malah menitikberatkan elemen pemilihan kalimah yang membawa kepada keindahan transisi babak serta kefahaman makna yang mendalam. 

Kelima, buku terbaru Ustaz Syaari iaitu Perempuan Yang Baik-Baik Dalam Al-Quran

Perempuan Yang Baik-baik Dalam Al-Quran

Diterbitkan pada Julai 2019. Seperti buku Menggapai Bintang, buku ini juga membawa konsep yang lebih kurang sama. Cuma berfokuskan pada kisah-kisah wanita yang disebut di dalam al-Quran. Sama ada untuk dicontohi atau diteladani. Antaranya kisah Zulaikha, Maryam, Ibu Nabi Musa dan Isteri Nabi Nuh. 

--

Demikianlah 5 buah karya tulisan Ustaz Syaari yang boleh dimiliki dan menjadi panduan buat kita dalam menghayati kisah-kisah yang terdapat di dalam al-Quran. 

Al-Quran mesti didekati dengan satu pemikiran bahawa pasti ada perkara yang sedang menegur kita. 

Maka al-Quran diturunkan untuk kita kembali kepada mana-mana ayat apabila kita membuat kesilapan. 

Kita perlu ada mindset membaca al-Quran sebagai teguran. Al-Quran, di mana-mana ayat, akan memberikan kita kekuatan jiwa untuk bangkit semula.  

Wallahua’lam. Boleh dapatkan kelima-lima buku ini di Imanshoppe Seri Kembangan atau beli secara atas talian di www.imanshoppe.com 

Sekian dulu untuk kali ini,

← Older Post


Comment


  • Assalamualaikum kak iman,
    Sy nk beli combo rm100 tu
    Tajuk buku:
    Di bawah teduhan kisah2 alquran
    Menggapai bintang
    Perempuan yg baik2 dlm alquran

    Dan combo buku kanak2 lillte caliph rm80 tu

    Boleh kak iman bg account no? Sbb sy dkt mekah. Nk buat online transfer xblh. Sy mtk adik sy transfer kn nanti.
    Boleh?
    0145060576 no hani

    Nor Hani Nabilah on

Leave a comment

Sale

Unavailable

Sold Out