Tarikh akhir pengeposan untuk serahan sebelum tahun baru cina ialah 20 januari 2020.

Pemain Kecil Bernetworking di Frankfurt Bookfair (FBF)

Posted by Iman Shoppe on

Kelakar juga rasanya apabila penerbit di Malaysia sempat bernetworking sewaktu berjuang bersama di FBF ini. Jumlah penerbit swasta yang pergi ke FBF tidak ramai, maka kami yang sedikit inilah sering berkongsi cerita.

Antara yang kami sempat bernetworking adalah penerbit paling senior di Malaysia - Sasbadi, PTS Media Publications dan Ana Muslim Sdn Bhd. Dahulu kami melihat mereka dari jauh, membaca buku-buku mereka, tidak kami sangka kami menjadi anak murid mereka, menuntut dan mendengar nasihat berharga dalam industri buku ini.

Kebanyakan mereka telah berulang kali ke FBF, membeli dan menjual hak cipta. Mereka adalah benar-benar pencinta buku, begitu bersemangat dan mahu menyebarkan konten berharga dari Malaysia untuk masyarakat dunia.Banyak nasihat yang kami terima dari senior dalam industri buku ini.

Di Barat, banyak buku dan artikel menulis tentang industri buku, tetapi di Malaysia, sangat susah sekali mencari info dan analisa berkenaan dengan industri buku, pengalaman dan juga the do and donts dalam penerbitan buku. Kami bersyukur bertemu dengan rakan penerbit yang mahu melihat industri buku subur dengan kesuburan penerbit lain; bukannya merasa cemburu atau dengki.

Nasib kami ini macam adik-adik dan banyak benda tak tahu; maka jadi mudah untuk belajar dari mereka. Moga satu hari nanti saya dan Fatin Syamimy boleh membuat satu artikel bersama berkenaan dengan industri buku di Malaysia daripada segmen penerbit komersial.

Antara perkara yang kami pelajari ;

1. Manusia dan budaya

Bersama dengan General Manager Sasbadi, kami berbicara tentang manusia dan budaya, topik yang saya secara personal sangat minat dan selalu berikan tumpuan. Tanpa manusia yang membina sesebuah organisasi, organisasi tak boleh pergi jauh. Bersama penerbit yang berjaya menjadi syarikat awam ini; mereka memberi fokus kepada 3 aspek yang sama dengan IMAN - culture, cash, customer. Banyak yang dipersetujui bersama.

“5-10 tahun pertama adalah fasa berbulan madu. Kamu baru 5 tahun kan? Honeymoon lagi. Bila sudah tahun ke 11 kamu tahulah nanti.” Tergelak je kami. Honeymoon bagaimana pun tak pasti sebab rasanya staff IMAN bekerja bagaikan esok sudah tiada. Tak rasa seperti honeymoon pun.

2. Kepentingan cashflow yang cantik

“Cashflow sangat penting.” Inilah oksigen dalam mana-mana perniagaan. Beliau ajarkan kami bagaimana untuk berikan inisiatif kepada pengedar untuk bayar dengan cepat. “Penerbit ini banyak keluarkan duit berbanding penulis dan kedai buku. Kita sahaja yang keluar duit, dan lambat dapat duit. Kedai buku dan penulis tak perlu keluar duit pun.” Sangat terasa seperti anak-anak yang dapat nasihat dari ayah. Beliau bercerita tentang perihal yang pemilik perniagaan sahaja fahami misalnya prestasi pekerja, keluar masuk pekerja, gaji yang perlu bertambah walaupun statik atau berkurang serta pelbagai lagi.

3) Proses turun dan naik syarikat

Bersama CEO PTS Media Group, syarikat penerbitan yang disegani di Malaysia, juga Presiden Mabopa, tak lokek Tuan Arief berkongsi cerita. “Setiap syarikat tu akan lalui turun dan naiknya. PTS dah rasa berulang kali. Korang tahulah apabila korang lalu nanti. Korang kena rasa dulu baru korang tahu. Kena lalui perkara-perkara bersama penulis, bersama staff, perkara-perkara yang PTS pernah lalui.”

PTS adalah antara penerbit bumiputera yang sangat banyak menterjemahkan karya bahasa Inggeris atau luar negara ke bahasa Melayu. Hasratnya untuk menaikkan mutu konten yang boleh dibaca rakyat Malaysia. Zaman baucar buku sangat membantu pertumbuhan PTS. Setiap buku yang diterbitkan PTS laku di waktu itu. Antara syarikat yang paling banyak khazanah dan pengalaman dalam industri buku adalah PTS; banyak yang penerbit kecil di Malaysia harus belajar dari mereka. Perjuangan mereka dalam menaikkan industri buku di Malaysia bukanlah calang-calang. Mereka melakukannya dengan penuh semangat dan ghairah.

Tuan Arif berkongsi akan kepentingan menyusun orang yang betul di tempatnya serta proses keluar masuk duit . Benarlah dalam fikiran pemilik syarikat ini, bagaimana dia nak naikkan gaji kakitangan dia sahaja dan pastikan hujung bulan kakitangan dapat dibayar gaji dahulu sebelum syarikat percetakan dan penulis- satu perkara yang sering diulang-ulang; hanya yang merasainya sahaja mengetahuinya. “Selagi korang ada peluang, korang push je sampai boundary korang.”

Jujurnya, kami agak konservatif dalam berhadapan dengan risiko. Hanya bila risiko itu sudah dikira-kira selamat, barulah akan diambil. Sekali-sekala mendapat motivasi tersebut, penting juga.

4) Pengalaman jual beli hak cipta

Antara yang banyak membantu adalah Dean, Rights Manager dari Ana Muslim. Ana Muslim menubuhkan satu syarikat khas untuk jual beli hak cipta sahaja. Kiranya antara orang industri yang paling berpengalaman dalam jual hak cipta ini adalah mereka; mereka pergi ke beberapa pesta buku negara luar yang lain ; Shanghai, Sharjah, Indonesia. Malah mereka memberi tips-tips yang berguna untuk kami gunakan untuk close sales. “Saya dah lama berhajat untuk tubuhkan konsortium penerbit Muslim Malaysia supaya kita dapat menyatukan usaha kita di pesta buku antarabangsa dan kerjasama lain". Tersenyum saya.

Frankfurt menjadi saksi kami mematerai persaudaraan dalam perniagaan bersama Ana Muslim untuk menyebarkan dakwah menerusi buku ini. “Kita anggap ini usaha dakwah kita. Untung itu jika dapat alhamdulillah.” Ujar pengasas Ana Muslim, Haji Othman, seorang penerbit yang begitu berminat dan bersungguh-sungguh terhadap buku kanak-kanak Muslim. Beberapa negara sudah beliau jelajahi untuk menjual hak cipta buku Ana Muslim, termasuk negara Arab. Banyak kami pelajari dari mereka dalam industri ini.

  

Apa yang saya dapat simpulkan, syarikat yang bergerak atas satu misi yang besar, ia akan cuba survive dan kekal relevan. Ia akan berusaha untuk tidak jatuh apatah lagi menjadi tidak relevan dan seterusnya mati. IMAN masih sangat kecil dan setahun jagung, tetapi IMAN juga bergerak atas satu misi.

Ini memberi sedikit ketenangan dalam diri saya untuk melihat IMAN terbang lebih jauh walaupun banyak ketidakpastian dan kerisauan yang melanda industri buku. Bila kita fokus pasaran yang masih belum meluas, kita boleh bertumbuh di situ, sehingga menjadikan competition completely irrelavant. Dalam industri buku; setiap penerbit tidak berebut pelanggan yang sama, malah kami saling melengkapi. Inilah kunci kekuatan penerbit di Malaysia.

Buku telah menemukan kami dengan orang-orang hebat Malaysia di negara Frankfurt ini. “Mahal harga sebuah networking ini.” Begitu kata Fatin Syamimy . Begitulah harga sebuah pembelajaran.

AisyahZ/Muharikah Frankfurt.
Founder Iman Shoppe & Iman Publication
Penulis buku motivasi, tarbiah dan fiksyen di Iman Publication

← Older Post



Leave a comment