5 Cara ‘Survive’ Di Universiti Gaya Teme Abdullah

Posted by on

Selamat melangkah ke dunia kampus buat para pelajar baru di seluruh universiti. Buat pelajar ‘senior’, selamat kembali ke kampus masing-masing. Selamat memulakan semester baru kalian dengan semangat yang tinggi.

Buat pelajar baru mesti pelbagai kegusaran dan kerisauan yang kalian fikirkan. Bagaimana hendak melalui tiga ke empat tahun pengajian. Mana taknya, pelbagai cerita pengalaman dari pelajar-pelajar lain yang didengari sebelum ini.

Kali ini, Kak Iman kongsikan cara ‘survive’ di universiti gaya Teme Abdullah yang Kak Iman simpulkan daripada dua buku beliau iaitu Pelukis Jalanan dan Arkitek Jalanan yang beliau tulis mengenai perjalanan pembelajaran beliau di universiti luar negara.

1. Tidak berputus asa walaupun gagal

Dalam buku Pelukis Jalanan, Teme menceritakan tentang kegagalannya untuk mendapat 12 mata bagi melayakkan beliau menyambung pengajian dengan biasiswa penuh di UK, satu sahaja mata lagi. Beliau hampir-hampir berputus asa dan ingin berhenti belajar dan meneruskan perniagaan beliau sepenuh masa.

Tetapi, mengenangkan redha Allah bergantung pada kedua-dua ibu bapa, murka Allah bergantung pada kedua-dua ibu bapa, beliau tekad bangkit selepas terngiang-ngiang kata-kata ibunya yang jika diizinkan mahu anaknya mempunyai ijazah. Beliau lantas menyusun semula perjalanan beliau menuntut ilmu di negara orang.

Begitulah adat dalam menuntut ilmu. Ada ketika kegagalan datang bertandang. Mungkin kerana kelekaan kita sendiri atau ketidaksiapan kita sendiri. Jangan sekali-kali berputus asa. Tetaplah mengingati tujuan kita menuntut ilmu. Tetaplah mengingati harapan ibu dan ayah kita. Teruskan melangkah walaupun bertatih.

Jika Tuhan sahaja tidak pernah berputus asa dengan kita, kenapa kita harus berputus asa dengan diri kita sendiri? Bak kata Teme “Keluar dari zon selesa untuk belajar bersyukur dan bercita-cita”.

2. Amanah dalam kerja berkumpulan

Sistem pembelajaran di universiti, rata-ratanya memerlukan tugasan yang dilakukan secara berkumpulan. Ketika inilah, kematangan dan sikap seseorang pelajar itu teruji. Biasanya akan ada ahli kumpulan yang bercakap banyak tetapi tidak melakukan kerja, akan ada yang menghilang entah ke mana dan akhirnya satu atau dua orang yang akan menyiapkan semua kerja.

Dalam buku Pelukis Jalanan, Teme berkongsi kisahnya di sabotaj oleh rakan sekumpulan nya bernama Orange. Setelah berhempas pulas menyiapkan tugasan, sudahlah tidak dibantu rakan sepasukan, beliau dikira tidak menghantar tugasan. akhir kepada pihak universiti. Kesannya, beliau terpaksa mengulang subjek tersebut pada semester khas dan ia bermakna Teme perlu mendapatkan wang untuk bayaran yuran semester tambahan.

Kisah ini menjadi pengajaran buat kita untuk tidak menganiaya rakan sepasukan dan harus bersama-sama melaksnakan amanah dengan baik. Kita tak tahu seberapa besarnya kesan sikap sambil lewa kita kepada orang lain.

3. Tidak menghiraukan kata-kata negatif dari orang lain

Beberapa kali beliau di perlekehkan oleh rakan sekelasnya Morgan, kerana bekerja di kedai makanan segera di kota London. Namun beliau tidak pernah mengendahkan kata-kata rakannya itu. Teme tetap berusaha sehabis baik untuk membuktikan yang dia boleh berjaya.

Dalam perjalanan kita mencapai kejayaan, akan ada orang-orang yang dengki dan tidak senang duduk melihat usaha kita. Pekakkanlah telinga kita, besarkanlah jiwa kita, terus berjalan. Buktikan dan diamkan mulut mereka dengan kejayaan demi kejayaan kita.

4. Berjimat cermat dan bersederhana dalam berbelanja

Berbelanjalah sekadar keperluan. Tidak berbelanja dengan boros dan membeli barang-barang sekadar untuk menunjuk-nunjuk atau keseronokan semata-mata. Manusia tidak dipandang tinggi kerana harta atau barang yang dimiliki tetapi ilmu dan akhlak yang terpuji.

Dalam kedua buku ini kita dapat melihat bagaimana Teme benar-benar menyusun perbelanjaannya. Membeli baju sejuk, pakaian dan barang-barang keperluan dengan bersederhana. Masak sendiri bagi mengurangkan perbelanjaan makanan. Menyewa bilik yang sederhana bagi menjimatkan perbelanjaan.

Bak kata pepatah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

 

5. Cari kawan yang akan ada untuk kita di kala susah dan senang

Pentingnya mempunyai kawan yang boleh bersama kita melalui pelbagai ujian dan cabaran di universiti. Kawan adalah sebagai ‘support system’ terpenting bagi memastikan hari-hari yang dilalui kekal positif.

Dalam kedua-dua buku ini, watak Ahmad sebagai kawan baik Teme begitu mengesankan Kak Iman. Sewaktu awal-awal Teme sampai ke UK, Ahmad tidak kekok menumpangkan Teme di bilik nya yang kecil. Ahmad sentiasa ada memberi sokongan kepada Teme untuk terus bersabar melalui kehidupan yang benar-benar menguji. Ketika Teme tidak mempunyai wang perbelanjaan yang cukup juga, Ahamad menawarkan Teme menggunakan wangnya terlebih dahulu.

Sekilas melihat wajah dan reaksi Teme, Ahmad sudah dapat mengagak apa yang sahabatnya itu rasakan. Begitukah akrabnya perhubungan mereka.

Sekian perkongsian kali ini. Selamat mewarnai hari-hari kalian di alam universiti. Buat mereka yang ingin mendapatkan inspirasi daripada buku Pelukis Jalanan dan Arkitek Jalanan, boleh dapatkannya di Imanshoppe Serdang atau beli di imanshoppe.com

 

← Older Post Newer Post →



Leave a comment

Sale

Unavailable

Sold Out